Kerap Menunggu Lama Depan Laptop?





Adakah laptop anda mengambil masa yang terlalu lama untuk keluarkan ikon pada desktop
 setiap kali anda menghidupkannya? Program dalam laptop anda juga kemungkinan berjalan
 seperti siput. Gejala-gejala lain adalah seperti memaparkan mesej ralat yang mungkin 
menunjukkan sistem dijangkiti virus. Sebagai contoh -
perkakasan seperti mesin pencetak dan peranti USB tidak berfungsi. Selain itu, 
terdapat beberapa fail yang tidak dapat diakses dalam laptop. Saiz fail anda 
berubah walaupun dapat mengaksesnya.


Terdapat banyak sebab mengapa laptop sentiasa buatkan anda seperti 
menunggu bas. Sesetengah daripadanya adalah seperti berikut -

Punca :

Ruangan Hard Disk Rendah

Ini adalah salah satu sebab yang paling biasa yang mungkin membuat sistem
 dalam laptop lebih perlahan daripada biasa. Kandungan fail digital seperti gambar 
atau video di dalam hard disk boleh membuatkan hard disk penuh dan perlahan.
 Semakin banyak anda menyimpan, semakin perlahan bacaan hard disk. 

Virus

Sistem laptop anda boleh diserang oleh virus jika anda tidak memasang apa-apa
 perlindungan (anti-virus). Malicious virus kadang-kadang boleh menyebabkan 
kerosakan yang tidak boleh diperbaiki pada sistem. Kebanyakannya (virus) direka
 untuk mencuri maklumat berharga seperti maklumat kad kredit. Malangnya virus 
juga mempunyai kecenderungan untuk perlahankan sistem anda. 

Spyware

Seperti virus, malicious spyware juga akan menyebabkan sistem anda perlahan.
Perisian ini akan ter'install' sendiri dalam laptop dan membolehkan maklumat 
dihantar kepada sumber lain tanpa pengetahuan pengguna. Penggodam juga
 menggunakan spyware untuk mengakses maklumat peribadi seperti kata laluan dan 'internet history'.



Penyelesaian :

Mujurlah terdapat banyak perisian digital masa kini yang anda boleh gunakan
 untuk membebaskan hard disk laptop anda dari ruang tambahan serta 
menghapuskan malicious virus atau malware yang mungkin telah mengisi 
penuh ruang hard disk laptop.

'Install' Anti-Virus dan Perisian Anti-Malware 

Kebanyakan laptop biasanya dilengkapi dengan anti-virus dan anti-malware 
semasa awal pembelian laptop. Jika anda belum aktifkan anti-virus tersebut, 
dinasihatkan untuk anda berbuat demikian. Perisian anti-virus yang belum 
di'update', tidak akan dapat melindungi sistem laptop anda daripada ancaman.
Sentiasa periksa sama ada perlindungan antivirus anda berjalan secara teratur. 
Jika sistem anda dijangkiti ia mungkin juga telah dinyahaktifkan perlindungan 
antivirus tanpa kebenaran anda.


Optimumkan sistem laptop melalui RegCure Repair Tool 

Anda juga boleh 'download' RegCure Repair Tool untuk mengoptimumkan
 sistem laptop. Perisian ini dapat membersih, membetulkan serta membuatkan
 sistem laptop anda mampu berjalan pada prestasi maksima. Selain itu, ia juga
 mampu mengoptimumkan memori laptop anda, menghapuskan malware dan 
fail lapuk yang boleh menggangu perjalanan sistem anda.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang laptop slow, optimized pc, 
tips penjagaan laptop, why my laptop is slow, why my laptop so slow, laptop running slow,
 laptop startup slow, why laptop slow, my laptop is slow, why laptop so slow, 
why my laptop is so slow, laptop slow performance, why is my laptop so slow, 
why is my laptop slow, why my laptop slow, laptop performance slow, 
computer slow, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution, 

Jika anda rasa artikel ini berguna, sila share dengan rakan-rakan ya

Cara Repair Komputer : 3 Rahsia Mudah Baiki Komputer Sendiri





     Di Kedai Komputer atau Pusat Baiki Komputer seperti OK Computer Solution  
banyak membaik pulih laptop dan komputer yang mana anda sendiri pun di rumah
boleh membaiki laptop anda sendiri. Daripada anda terus membayar ke kedai 
komputer untuk membuang virus laptop ,Stuck, Laptop Hang, laptop Slow, 
anda boleh melakukannya sendiri


Add More Values 
( Dari anda terus tertipu dengan harga yang tidak munasabah )


Tip-Tip / Rahsia kedai Komputer yang kami kongsikan ini bukan tertumpu 
pada komponen -komponen yang kompleks pada laptop dan komputer. Kami 
akan  berkongsi dengan anda tentang komponen dan benda yang mudah untuk 
anda baiki laptop anda sendiri. Walaupun ia benda yang mungkin anda sudah tahu , 
tapi harus kita ingat berkongsi dengan rakan-rakan lain kerana perkara senang dan 
mudah inilah, ramai penguna laptop diluar sana terpaksa membelanjakan beratus-ratus
Ringgit untuk membaikinya.



Buang Virus Dan Malware

                    Shortcut Virus !! 
Shortcut Virus !!Shortcut Virus !!Shortcut Virus !!

     Ramai di antara kita lagi yang masih gelabah apabila laptop terkena
 virus. Jika komputer / laptop anda menjadi salah satu 'ladang ternak ' bagi 
virus tersebut dan komputer / laptop mungkin tidak akan berfungsi dengan baik 
seperti biasa. OKCS (OK Computer Solution) tidak menggunakan antivirus mahal pun
 untuk membuang virus nakal ni . Mereka hanya menggunakan antivirus standard 
sahaja yang mana anda sendiri pun boleh menggunakannya.





Reinstall Semula Windows (os)

KISAH BENAR !!
Sesetengah orang berfikir kalau laptop dah slow perlu ditukar laptop baru.
 SEDIH Kami Dengar , tetapi ini lah realiti sekarang.Ada Seseetengah orang akan 
terus menghantar kepada pakar untuk baiki laptop yang slow.
Dan biasanya cara mudah dan senang mereka akan format semula 
Windows atau upgrade ke Windows yang baru.


Tetapi , Ada cara lain selain daripada format data anda terus dari partition.
Anda mungkin boleh RESET Windows anda kembali seperti asal (Factory Default) ,
 dari file anda terus Corrupt cannot Open.

Kebanyakan laptop baru mempunyai 'Factory Restore partitions' , 
dimana hanya perlu menekan key atau button tertentu (mengikut brand laptop masing-masing)
 sewaktu boot Proses. ( Check semula Buku manual Laptop Anda untuk key/button tersebut).
 Anda juga boleh menggunakan CD /DVD Windows Ori yang anda beli untuk restore semula
 Windows Asal.Sekiranya anda Install Windows sendiri sebelum ini. Untuk Windows 8 guna 
key RESET atau REFRESH yang ada pada windows 8 untuk reinstall windows anda semula.

Sila Pastikan anda backup terlebih dahulu untuk reinstall semula windows anda.

Cara mudah mengenali jenis komputer

 Mac yang anda gunakan


Salam sejahtra buat semua pembaca Gudang Mac. Ata
permintaan ramai, kami membuat article untuk memudahkan 
anda untuk mengenal jenis mac atau macbook.

Untuk mengetahui jenis-jenis Mac terdapat pelbagai cara. Kami 
mempunyai cara yang mudah dan efektif untuk anda semua.

Anda boleh mengenalinya dengan hanya melihat pada model no yang 
terdapat di bahagian bawah (untuk macbook) dan belakang (untuk imac atau macpro).



Daripada nombor model ini anda boleh kenali jenis dan spesifikasi
 macbook anda. Anda hanya perlu pergi ke google search
 dan taip nombor model contoh : A1466.

Secara mudahnya, kami menyediakan senarai yang menunjukan
 lebih jelas mengikut nombor model. Anda boleh rujuk di link d
bawah ini. Selamat mencuba dan semoga berhasil!!




Bagaimana Mengenalpasti 

Model Laptop Anda

Artikel ini adalah untuk menerangkan bagaimana nak mengetahui 
model laptop anda. Dengan model penuh laptop, kita dapat cek dengan
 lebih tepat spesifikasi setiap komponen yang diguna pakai oleh sesebuah laptop.

Untuk laptop jenama Acer, tak semestinya semua mempunyai jenis skrin,
 keyboard, charger yang sama. Sebagai contoh, untuk model penuh Acer 
Aspire 4736, skrinnya adalah jenis LED 14.0 Normal, manakala Acer Aspire 
4810T Timeline menggunakan skrin jenis LED 14.0 Slim. Kesimpulannya, 
setiap model berbeza saiz, jenis dan harga.


Anda boleh kenali model penuh laptop anda dengan hanya melihat
 pada bahagian bawah laptop seperti contoh di bawah :


Model penuh : Acer Aspire 5750


Model penuh : Asus K50I


Model Penuh : Sony PCG-7A2L


Model penuh : Toshiba Satellite L45


Ada juga sesetengah jenama laptop mempunyai nombor model di sebelah depan laptop. Contohnya seperti berikut :


Model penuh : Acer Aspire 5750


Model penuh : Dell Latitude E6410

Selain itu, kebanyakan laptop mini pula seperti asus eee pc,
 hp mini dan lain-lain mempunyai nombor model pada sebelah 
bawah bateri. Kebiasaannya anda kena cabut dulu bateri tersebut
 baru boleh nampak model penuh seperti contoh di bawah :


Laptop yang sudah ditanggalkan bateri


Model penuh : Hp Mini 110-3130TU

Mac VS Windows




Ramai yang bertanya apa perbezaan di antara mac dan windows. 
Untuk itu kami membuat article untuk memberi pendedahan berkenaan 
perbezaan antara mac dan windows ini. Article ini tidak menyebelahi mana-mana 
pihak mac atau windows. 
Sila simpan ini dalam fikiran kerana anda membaca dan 
berkongsi pendapat anda dalam perbincangan.



Barangan perkakas Mac terlalu mahal tetapi amat berbaloi dengan 
apa yang anda dapat.



Ramai di antara kita mempertikaikan tentang harga kos mac adalah terlalu tinggi, 
tetapi pada mereka yang telah lama menggunakan mac ini merasakan ianya 
tidak merugikan untuk di belanja bagi mendapatkan sebuah komputer yang 
mempunyai performance yang mantap.

Memang anda boleh katakan bahawa banyak perkakas windows 
yang lebih murah tetapi lebih mantap daripada perkakas mac. Tetapi 
terdapat banyak gangguan dari segi kelajuan pemrosessan informasi.
 Jika anda menggunakan Mac OS, anda boleh rasakan bertapa 
pantasnya sesebuah komputer mac memproses informasi.



Ini adalah kerana Mac OS telah dicipta hanya untuk 
perkakas yang di khaskan untuk komputer MAC sahaja. Segala 
yang terisi di dalam sebuah komputer MAC telah ditetapkan 
dan tidak boleh diubah sesuka hati. Ianya menjadikan komputer MAC amat istimewa.


Windows memberi kemudahan yang fleksibel.



Berbanding dengan komputer MAC, Windows secara semulajadi
 telah menawarkan kepada penggunanya untuk menaiktaraf 
perkakas dalam mengikut kehenda penggunanya. Oleh disebabkan itu,
 hampir 98% pengguna PC windows lebih gemar menggunakan sistem
 os windows kerana mereka boleh menaiktaraf perkakas dalaman 
komputer mereka mengikut peredaran zaman teknologi.


Windows adalah tulang belakang PC mana-mana. 98% daripada kita 
membesar di PC, atau menggunakan komputer setiap hari, sama 
ada di rumah atau di tempat kerja. Windows adalah fleksibel 
dalam hal itu, merasai segala-galanya daripada permainan terkini. 
Anda boleh membeli PC pra-dibina dengan Windows dari beratus-ratus 
penjual atau membina  sendiri dari awal dengan beribu-ribu bahagian 
yang berlainan. pada masa yang sama, anda boleh membina sebuah 
PC yang sesuai dengan semua keperluan anda dengan sempurna. Fleksibilit
i itu penting, walaupun datang pada harga yang berbeza.


Sistem operasi yang mudah digunakan.


Mac mempunyai reputasi sebagai pilihan yang lebih intuitif. 
Tetapi jika anda bertanya kepada segelintir pengguna Windows
 anda akan mendapati bahawa mereka menganggap platform ini pasti 
lebih sukar untuk difahami. Kami percaya ia mungkin kerana sesetengah
 pengguna windows lebih biasa menggunakan sistem GUI (graphics user interface
windows. Tetapi ada juga segelintir yang biasa menggunakan kedua-dunya. 

Secara mudahnya, jika anda membiasakan diri untuk menggunakan kedua-dua 
jenis sistem operasi, pastinya tiada lagi isu yang mengatakan sistem operasi apple
sukar untuk di gunakan.


Jika diikutkan peredaran zaman kini, windows juga sudah memperbaharui 
sistem operasi mereka melalui Windows 8. Banyak yang di ubah di dalam sistem ini. 
Namun ianya tetap juga mudah untuk difahami kerana hanya beberapa fungsi 
sahaja diubah. Contoh yang mudah kita nampak dari segi fungsi Start bar. 
Jika kita lihat dari Windows 7 ke bawah, kita di biasakan dengan start button pada start bar.


Berbeza dengan windows 8 ianya sudah di ubah menjadi start menu, 
tiada lagi start bar yang seperti di sediakan pada windows 7 dan sebelumnya. 
Ini menjadi masalah kepada mereka yang sudah biasa dengan start bar 
kerana start menu sukar untuk di gunakan bagi mereka yang malas untuk
 mempelajari perkara baru.

 


Secara kesimpulannya, jika anda ingin menerima perkara yang baru,
 anda perlu untuk mempelajarinya. Teknologi hari ini sudah semakin
 laju berkembang. Jika kita masih lambat untuk mempelajari perkara baru,
 maka kita akan mengalami kelewatan menerima perkembangan teknologi 
ini. Selamat mencuba, dan semoga BERHASIL!!
Copyright © 2013 OK COMPUTER SOLUTION BANGI