Macam Mana Google Maps Atau Waze Boleh Tahu Jalan Tu Jem Ke Tak? | OKCS BANGI



Zaman moden ni, hampir semua orang menggunakan aplikasi Waze ataupun Google Maps sebagai cara untuk ke satu destinasi daripada satu destinasi lain. Nak elakkan jalan jem pun guna Waze.


Persoalannya, macam mana Google Maps atau Waze atau aplikasi yang seumpama dengannya boleh tahu sesuatu jalan tu jem ke tak? Dia guna camera ke?





Jawapannya, kita sendiri yang beri maklumat pada Google sama ada jalan tu jem atau sebaliknya, tanpa kita sendiri sedari.
Dikenali sebagai Crowdsourcing, kita secara tak sedar telah menghantar maklumat lokasi geografi semasa kita kepada apps berkenaan ketika menggunakan aplikasi tersebut. Bukan hanya kita sahaja yang menghantar maklumat berkenaan, tetapi semua orang yang menggunakan aplikasi tersebut pada masa tertentu.

Maklumat seperti traffic semasa, jalan singkat dan laporan-laporan lain dikumpul sebaik sahaja kita set on ‘My Location’ dalam Google Maps. Dalam erti kata lain, Google Maps tahu dekat mana kita ada dan apa maklumat traffic semasa kita, dihantar kepada server, seterusnya di tafsirkan atas Google Maps. Sama lah juga dengan aplikasi GPS lain seperti Waze.
So jalan short-cut, dan re-routing bila terlepas simpang tu semua datang daripada pengguna apps itu juga. Sebab tu kadang-kadang kita lagi sesat bila guna GPS, sebab sebelum ni ada ramai orang yang sesat jugak.

Rujukan:
  1. Google Traffic – Wikipedia
  2. Google Official Blog
  3. Analyzing Real Time Traffic Capabilities of Personal Navigation Devices and Traffic Phone Applications – M Library (University of Michigan)
  4. System For Optimizing Driving Routes For Crowdsourcing Applications – Rutgers University Community Repository
  5. How Stuff Works








SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi





                              








































































































0 comments:

Kenapa Bila Beli Pendrive 2GB Tapi Check Saiz Dia Tulis 1.95GB Je? Lagi 0.5GB Pergi Mana? | OKCS BANGI



Oleh Syazwan Aizad. Sumber Seagate
Pernah tak bila korang beli pendrive atau storan lain dan check saiz dia lepas beli, tak pernah cukup dengan saiz sebenar? Lepas tu rasa macam kena tipu dengan penjual pun ada.

Sebenarnya, perkara ni hanya terjadi kepada pengguna Windows dan beberapa versi lama MacOS kerana sistem operasi ini menggunakan sistem binari.



Sistem Binari vs Sistem Perpuluhan.
Kalau lah masih ingat masa sekolah dulu, dalam mata pelajaran Matematik ada satu subtopik ni “Base Number”,atau Nombor Asas. Ada nombor asas 2, 5, 8 dan 10.

Well, kebanyakkan sistem pengoperasi komputer seperti Windows, BIOSFDISK dan MacOS yang lama menggunakan sistem binari, iaitu nombor asas 2. Ini bermaksud, jika kapasiti 1 TB, sistem akan tunjuk nombor yang agak kecil iaitu 931 GB.


So tak payah risau kalau pendrive korang tunjuk saiz yang agak kecil berbanding dengan saiz sebenar.














SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi





                              












0 comments:

Wei, asal laptop panas gila?!! | OKCS BANGI

Wei, asal laptop panas gila


it services


Adakah anda KEJAM dengan laptop anda?? Mari kita selidik kebenarannya..

Penjagaan laptop harus di ambil penekanan kepada pengguna yang tegar... Tahu mengguna tetapi tidak tahu untuk menjaganya. Laptop yang telah banyak berjasa pada anda, sedikitpun anda tidak ambil peduli tentang penjagaannya. Apabila sudah rosak barulah menggelabah nak service.. Anda memang pengguna yang KEJAM!!!



Apa masalah yang akan dihadapi apabila anda tidak menjaga laptop anda.

Pasti anda merasa pelik kenapa secara tiba-tiba laptop anda menjadi panas. Kipas kipas anda mengeluarkan angin yang panas. Laptop anda kerap kali mati atau restart secara sendiri. kadang-kadang baru on terus terpadam kat logo Windows. Jadi inilah masalah yang dihadapi oleh pengguna yang diketogorikan sebagai pengguna yang KEJAM!!


Mengapa ianya terjadi.


about laptop




about the laptop



Perkara sebegini adalah berpunca daripada chipset pada motherboard tidak mampu lagi untuk berfungsi seperti biasa. Kerana ia tidak dapat untuk mengawal haba yang dihasilkannya. Ini kerana ruangan udara pada kipas laptop telah tertutup oleh habuk ataupun material yang menghalang daripada udara masuk dan keluar. Jadi apa bila sudah sampai satu tahap yang menyebabkan chipset sudah tidak boleh lagi digunakan kerana telah terbakar dari dalamnya.

is laptop


laptop laptop laptop


it repair


it support


lap top


what laptop



Bagaimana untuk mengelakkan laptop anda rosak.


Menjaga laptop ini tidaklah sukar seperti anda fikirkan. Cukuplah anda service ia sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Bagi yang mahir untuk melakukannya sendiri mungkin tidak perlu mengeluarkan modal. Tetapi jika anda tidak pandai untuk mengendalinya, jangan memandai-mandai. Anda akan boleh menjadi pengguna yang lebih KEJAM!!. Mudah sahaja, hantar kepada yang pakar. Ia amat berbaloi pada kosnya. Daripada anda perlu mengeluarkan wang ringgit yang lebih besar apabila ia sudah rosak... Jadi fikirkan kebaikan lebih dari keburukan. Bak kata punjangga menyesal dahulu pendapat, sesal kemudian tiada guna lagi.. Elakkan diri dari menjadi pengguna yang KEJAM!!!. Kami di OK Computer Solution amat prihatin kepada anda...



which laptop










SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi





                              




0 comments:

Kenapa Hard Drive C di Windows Tidak Bermula Dengan Huruf A atau B? | OKCS BANGI


Drive C pada komputer berfungsi sebagai storan untuk memasang sistem operasi Windows, manakala drive D atau E pula merupakan storan untuk simpanan data anda selain dari sistem operasi Windows. Drive F atau G pula untuk gajet USB. Pernah tak korang terfikir kenapa “hard drive” pada komputer tidak bermula dengan huruf A, kenapa huruf C?
Jawapannya adalah kerana perkembangan teknologi dalam bidang komputer dan IT. Pertama kali komputer diperkenalkan, kapasiti storan internal tidak sebesar sekarang. Pada awal dahulu, komputer menggunakan floppy disk drive atau lebih dikenali sebagai disket.
Menurut laporan scoopwhoop.com, drive atau storan pertama pada komputer dahulu dikenali sebagai Disk A. Floppy disk memiliki dua saiz ukuran iaitu 5 ¼ dan 3 1/12.
Pada akhir tahun1980, barulah hard drive digunakan pada setiap komputer dan dilabelkan dengan huruf C untuk menyimpan fail-fail atau aplikasi sistem operasi komputer.
Seiring dengan perkembangan teknologi, disket sudah tidak digunakan lagi.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi




                              

2 comments:

Tips Penjagaan Adapter Laptop | OKCS BANGI

Tips Penjagaan Adapter Laptop

Tips Penjagaan Adapter Laptop



Banyak ilmu kepakaran tentang komputer terutamanya tentang
bagaimana hendak menjaga komputer yang saya rasa patut 
dikongsi bersama anda semua. Saya merasakan amat berdosa jika 
tidak berkongsi pengetahuan yang saya ketahui kepada umum. Di sini
adalah tips untuk menjaga adapter charger anda. Harap dapat membantu


1) Pastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop
anda. Jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop 
anda, kemungkinan untuk laptop anda
rosak adalah tinggi.











2) Letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan
dengan air. Ini untuk mengelak kan anda dari terkena renjatan 
elektrik dan kemusnahan laptop anda.


















3) Selalu cabut charger andabila charger anda sudah terlalu panas.
Ini untuk mengelakkannya dari rosak dan merosakkan laptop.















4) Adalah dinasihatkan anda mencabut charger bila bateri sudah penuh. Ini sekaligus
menjaga bateri dan charger anda.























5) Apabila menggunakan charger, adalah lebih baik menanggalkan
bateri. Apabila menggunakan bateri adalah lebih baik untuk 
mencabut charger. Untuk mengecas bateri ianya lebih baik
jika laptop anda sedang ‘OFF’


















6) Bila menggunakan charger untuk masa yang lama, letakkannya
di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusyen, 
kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain.Ini untuk mengelakkan 
terlebih panas.


7) Wayar charger harus dielakkan dari terkoyak terkena benda
 tajam seperti bucu meja.Jika wayar charger sudah terkoyak, 
jangan gunakan lagi. Jangan balut wayar charger dengan ‘tape’ 
atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop boleh berlaku.
Tukar dan beli charger yang baru.


















Senang cerita bila guna laptop
Kalau guna charger jangan guna bateri
Kalau guna bateri jangan guna charger
Kalau nak cas bateri, cas bila laptop OFF


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi




                              

0 comments:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi