Cuci Dan Servis Kipas Heatsink Laptop

Cuci Dan Servis Kipas Heatsink Laptop




Kepentingan cuci serta servis bahagian dalam laptop secara berkala adalah perlu sekurang-kurangnya setahun sekali. Kepentingan cuci dan servis kipas heatsink ini adalah supaya laptop dapat bertahan lama. Ia adalah untuk menjaga jangka hayat laptop supaya bertahan lama dan tidak mengalami masalah overheating. Apabila kipas heatsink laptop berfungsi ia akan menyedut udara dari luar. Apabila sistem pengudaraan sesebuah laptop tidak dijaga dengan baik udara ini akan berkumpul menjadi tebal serta menghalang udara keluar masuk dari heatsink.



Hal ini boleh menyebabkan masalah overheating seperti kipas laptop berbunyi kuat dan tiada angin keluar. Laptop juga akan  sering kali menjadi hang, selalu mendapat masalah blue screen serta selalu off sendiri (autoshutdown)  dan kadang-kadang restart secara tiba-tiba. Jika kipas laptop anda tidak pernah di cuci serta di servis ia akan menyebabkan debu serta habuk yang banyak. Kesan daripada masalah ini juga boleh menyebabkan bilah kipas patah serta kipas akan menjadi overload dan overworking lalu memendekkan hayat kipas laptop yang digunakan.

0 comments:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi