KESAN HIBERNATE & SLEEP PADA LAPTOP

KESAN HIBERNATE & SLEEP PADA LAPTOP
Kali ini kami akan menyentuh berkenaan satu tabiat yang boleh membawa bencana kepada Laptop/Notebook kesayangan kita. Tahukah anda dengan mengamalkan 'hibernate' dan 'sleep' di laptop anda boleh membawa kepada kerosakan skrin dan hard disk.

Kenapa ini terjadi?
Laptop/Notebook biasanya selepas 'hibernate' atau 'sleep' kita akan tutup skrin dan masukkan ke dalam bag jika hendak berpindah ke suatu tempat. Bayangkan haba yang dikeluarkan oleh motherboard dan hard disk yang tidak ditutup secara penuh ini terperap di dalam beg itu. Lama-kelamaan haba ini akan menjadikan hard disk dan panel skrin mudah rosak kesan kepanasan berpanjangan tanpa henti.
Jadi, kenapa perlu mengambil risiko ini? Jangan sayang untuk 'shut down' Laptop/Notebook anda. Berikan masa rehat untuk Laptop/Notebook kesayangan anda.
Barangan elektronik ini kalau terlebih guna sampai tiada istilah tutup pun tak boleh. Kalau terlebih sayang sampai sebulan sekali je guna pun tak boleh.


Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.




0 comments:

LED LCD Skrin , Mengapa ia lebih baik dari CCFL LCD?

LED LCD Skrin , Mengapa ia lebih baik dari
CCFL LCD?

Skrin LCD memerlukan cahaya untuk menghasilkan imej. Cecair Kristal hanya menyediakan warna tetapi tidak mewujudkan cahaya mereka sendiri, jadi cahaya latar atau backlight adalah sumber cahaya yang kemudiannya ditapis oleh cecair kristal untuk menghasilkan imej pada skrin.



Jenis backlight yang paling biasa dan telah digunakan selama bertahun-tahun ialah CCFLs (Cold Cathode Fluorescent Lamp) yang menggunakan power inverter untuk menukar Direct Current kepada kuasa AC Alternating Current voltan tinggi yang boleh digunakan untuk menyalakan mentol CCFL, tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, pengeluar telah mula menggunakan backlight jenis LED (Light Emitting Diod). Mari kita lihat beberapa kelebihan menggunakan backlighting LED.


LED boleh dipasang di sekitar sisi skrin, atau secara langsung di belakang skrin, dikenali sebagai direct mounting. Apabila menggunakan direct mounting, beberapa LED boleh dipilih untuk dimatikan bagi meningkatkan kontras, menjadikan kawasan gelap pada imej semakin gelap sementara masih mengekalkan kecerahan pada kawasan cerah. Pemasangan LED pada sisi lebih sesuai untuk paparan lebih nipis, seperti skrin laptop.


Salah satu kelebihan utama backlighting LED adalah mengurangkan penggunaan kuasa. LED umumnya menggunakan kuasa yang rendah berbanding CCFLs walaupun cahaya  dikeluarkan adalah sama . Tetapi hal ini agak diimbangi oleh kos pengeluaran yang lebih tinggi menggunakan LED sebagai backlight, dan menyebabkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.
Penggunaan kuasa yang lebih rendah juga membawa kepada jangka hayat bateri yang lebih baik, dan ianya mendapat perhatian kepada pengeluar alat mudah alih. Malah, jangka hayat bateri lebih lama adalah salah satu sebab utama kenapa kebanyakan pengeluar beralih kepada backlighting LED untuk laptop dan notebook keluaran mereka.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.




0 comments:

KESAN BURUK MENGGUNAKAN LAPTOP TANPA BATERI

KESAN BURUK MENGGUNAKAN LAPTOP TANPA BATERI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil mengecas bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri sebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah lebih teruk kesannya.

Hal ini kerana arus elektrik akan lansung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga, sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.
Selain itu, jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal di bandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara 2-3 tahun

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.





1 comments:

KENAPA PERLU THERMAL PASTE?


KENAPA PERLU THERMAL PASTE?


Sebelum menjawab persoalan di atas, mari sama-sama kita kenal apa itu Thermal Paste. Thermal Paste atau Thermal Grease atau Thermal Compound atau Chip Coolant atau apa saja pun namanya adalah sejenis bahan yang diperbuat dari silikon dan zink oksida atau seramik dan perak. Sebab itu kebanyakan Thermal Paste berwarna kelabu.

Kenapa perlu Thermal paste? Adakah Cooling sistem yang direka oleh engineer komputer tidak mampu menyejukkan Processor chip di motherboard. Sebenarnya, cooling sistem sahaja tak mampu mengawal kepanasan Processor chip di Motherboard. Kerana, apa bila terdapat 2 permukaan rata yang bercantum, masih ada lagi ruang udara yang terperangkap. Udara yang terangkap inilah yang dikenali sebagai ‘budak nakal’ yang menjadi agent-agent yang memanaskan lagi processor chip motherboard anda. Cuba lihat diagram dibawah:




Dengan adanya thermal paste, ruang udara telah diisi dengan cecair grease yang bersifat sejuk lagi menyejukkan. Oleh itu, suhu dapat dikawal supaya tidak terlalu panas yang menyebabkan motherboard anda terbakar. Suhu ideal bagi sesebuah laptop / PC ialah dibawah paras 60 ºC. Paling bagus ialah diantara 45-50 ºC.

Thermal paste perlu diganti dengan yang baru pada jangka masa tertentu. Ini kerana ianya akan mengeras dan tidak lagi mampu menjadi sebagai agent penyejuk. Sebaik-baiknya ganti thermal paste 6 bulan sekali. Saya selalu nasihatkan kepada pelanggan-pelanggan supaya service laptop mereka. Jika saya dapati laptop pelanggan saya terlalu panas atau berhabuk, akan akan servis tanpa perlu bertanya kepada mereka. Terpulang kepada mereka untuk membayar upah servis tersebut atau pun tidak. Kerana, bagi saya menyelamatkan laptop pelanggan adalah lebih utama daripada wang.

Saya berharap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda. Kongsikan ilmu ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana anda mungkin dapat menyelamatkan laptop / PC daripada mengalami kerosakan. Jumpa lagi di posting yang akan dating

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.





1 comments:

CARA MEMPERCEPAT STARTUP KOMPUTER

CARA MEMPERCEPAT STARTUP KOMPUTER


Mengapa komputer lama saat dihidupkan? apakah ada yang salah pada sistemnya atau pada komputernya? apakah komputer mengalami kerosakan? pertanyaan itu sering muncul ketika kita menghidupkan komputer tetapi loading startup untuk menampilkan windows menjadi sangat lama. Pada kesempatan ini saya akan ajar tentang cara mempercepat startup windows sehingga anda tidak perlu menunggu lama saat menghidupkan komputer. Pada saat komputer pertama kali dihidupkan, komputer akan meload semua program-program yang ada untuk ditampilkan pertama kali pada windows, jika semakin banyak program yang akan dibuka oleh system maka proses untuk load data dari program memerlukan waktu yang lama pula. untuk itu ada beberapa tips yang boleh diterapkan untuk mempercepat loading startup pada komputer:

1.  Langkah pertama kita akan meminimalis program yang akan dibuka oleh system pertama sekali dengan masuk ke system startup iaitu dengan menekan Windows + R pada keyboard atau mencari run pada windows anda.

2.  Langkah kedua tekan msconfig pada ruangan run kemudian klik OK atau menekan ENTER.


3.  Akan muncul system configuration, setelah itu klik startup pada menu bar dibahagian      atas

4.  Setelah muncul pilih disable all atau anda boleh tutup program yang diinginkan. kemudian klik apply dan OK

5.  Selanjutnya pilih boot pada menu bar kemudian pilih advanced options
6.  Pilih number of prosessor kemudia pilih 2 jika komputer anda dual core dan pilih yang lain jika komputer anda mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi. selanjutnya klik OK

7.  Kemudian anda akan kembali ke  system configuration, Klik OK untuk save.

Sekiranya anda hendak tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.





0 comments:

PUNCA LAPTOP CEPAT PANAS

PUNCA LAPTOP CEPAT PANAS
 



            Panas merupakan salah satu musuh terbesar bagi laptop. Panas yang berlebihan dari sebuah laptop dapat menggangu performance dari laptop itu sendiri, dah tentunya juga dapat menganggu untuk membuat kerja. Dibandingkan dengan sebuah PC, laptop cenderung lebih mudah panas. Biasanya sebuah PC masih mempunyai ruang didalamnya yang boleh digunakan untuk sirkulasi udara, sehingga sirkulasi udara pada PC cenderung lebih baik dibandingkan dengan laptop. Sementara laptop dengan design yang lebih nipis dan minimalis, otomatis menyebabkan komponen yang ada di dalamnya menjadi sangat padat, sehingga sirkulasi udara didalamnya kurang begitu baik. Kali ini saya akan memaparkan beberapa hal yang dapat menyebabkan laptop menjadi cepat panas.
Mungkin beberapa hal yang saya utarakan berikut ini merupakan beberapa hal  penyebab laptop cepat panas. Tentu saja ulasan berikut ini berdasarkan pengalaman peribadi saya. Berikut merupakan beberapa hal yang dapat menyebabkan laptop Anda cepat panas.

Ø  Menggunakan Laptop Terlebih Masa
                Kita tentunya sudah tahu, penggunaan laptop dalam jangka waktu yang lama dapat meningkatnya suhu pada komponen – komponen yang ada pada laptop. Apatah lagi jika laptop digunakan untuk kerja berat, seperti bermain games atau untuk membuat design grafik, ini lebih mempercepat laptop menjadi panas.


Ø  Laluan Udara Heatsink Terganggu
                Sedar atau tidak, kebanyakkan masalah adalah berpunca dari saluran heatsink yang terganggu oleh kumpulan segala jenis habuk dan adik beradik habuk serta family habuk itu sekali yang menyebabkan kepanasan pada pemproses pusat (CPU) meningkat tinggi. Heatsink adalah lapisan metal yang bertindak sebagai penebat haba yang menyalurkan kepanasan pemproses keluar dari ruang dalaman laptop.
Kepanasan adalah musuh utama sebarang komponen elektronik yang sering kali menyebabkan Windows korang menjadi hang. Untuk memastikan komponen berada dalam suhu yang sesuai, setiap laluan pengudaraan mestilah dalam keadaan baik dan lancar. Namun, anda tidak mungkin dapat mengelak dari masalah ini. Kumpulan segala jenis habuk dan adik beradik habuk serta family habuk yang tebal pada heatsink terkumpul sedikit demi sedikit yang menyukarkan anda untuk mengawalnya.
Servis pada heatsink sekurang-kurangnya 6 bulan sekali adalah yang terbaik bagi semua jenis peralatan mobile (notebook, laptop dan netbook). Servis pada heatsink perlu dilakukan oleh mereka yang mahir mengendalikan perkakasan laptop. Setelah selesai korang melakukan servis, korang akan dapat merasai perbezaannya (laptop tidak lagi panas seperti sebelumnya dan tidak lagi hang)…




Ø  Kipas Heatsink tidak berfungsi
                Pastikan fan atau kipas heatsink berfungsi dengan baik. Untuk memastikan ianya berfungsi, korang hanya perlu mendengar dengan teliti dari bawah laptop korang yang sepatutnya kedengaran seperti kipas yang sedang berpusing. Kebanyakkan laptop pada masa kini mempunyai kemampuan bagi kelajuan pusingan kipas yang dikawal oleh suhu pemproses. Ini bermakna tidak semestinya korang akan mendengar kipas heatsink berpusing setiap masa, ini adalah bagi meningkatkan jangka hayat penggunaan bateri.
Semak tetapan BIOS bagi mengenal pasti mode pusingan kipas heatsink. Sebaiknya biarkan kipas berfungsi pada setiap masa. Kipas heatsink yang gagal berfungsi perlu ditukar segera. Ianya boleh menyebabkan kepanasan terlampau yang akan mengganggu ketahanan komponen lain disekitar unit pemproses (CPU) dan sudah tentu akan menyebabkan Windows hang. Elak dari meletakkan laptop atas permukaan tidak sekata seperti di atas karpet atau tilam yang semestinya akan menutup ruang pengudaraan yang diperlukan bagi kipas dan mekanisma penyejuk laptop atau notepad korang berfungsi dengan baik.



Ø  Hard Disk failure
                Kitaran masa penggunaan sesuatu peralatan mempunyai had-had tertentu yang telah dikenal pasti oleh pembuat. Disini, bermakna setiap komponen atau peralatan mempunyai tempoh hayat tertentu. Hard Disk adalah antara peralatan yang sering dibawah jangka hayat ditetapkan pengeluar. Ia juga merupakan salah satu faktor penyebar haba yang terbanyak selepas pemproses (CPU & chipset) yang menyebabkan peralatan laptop, notebook dan netbook korang berasa agak panas dan boleh menyebabkan gangguan seperti masalah Windows hang.
Kepanasan yang berterusan pada hard disk juga akan memendekkan jangka hayat hard disk. Biasanya, sebelum sebarang hard disk menjadi total-lost, keupayaan hard disk tersebut terganggu. Gangguan ini juga mengakibatkan Windows sering kali bermasalah dan “hang” disebabkan kesemua fail-fail windows adalah terletak di dalam hard disk tersebut. Adalah digalakkan bagi korang untuk menyemak status SMART hard disk sebagai langkah berjaga jaga dari sebarang kemungkinan hard disk failure yang boleh mengakibatkan kehilangan keseluruhan data di dalamnya…



Ø  Thermal Paste Kering
Kita tahu bahawa salah satu komponen yang cepat panas pada laptop adalah pada bahagian processor,dan biasanya pada bahagian atas processor diberi semacam gelyang disebut thermal pasteyang betujuan untuk mengurangi panas yang dihasilkan oleh processor.  Apabila laptop masih baru, biasanya tidak ada masalah pada thermal paste, tetapi setelah melewati masa pemakaian yang lama, lama – kelamaan thermal paste akan mengering  dan  processor akan cepat panas.


Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.






0 comments:

Apakah Fungsi Bateri CMOS?

Apakah Fungsi Bateri CMOS?




CMOS adalah singkatan kepada Complementary Metal Oxide Semiconductor yang terletak pada motherboard. Bentuknya kelihatan bulat sama seperti dengan bateri jam yang biasa kita lihat. Kebiasaanya, bateri CMOS ini akan menjadi lemah dalam masa 5 ke 6 tahun selepas digunakan dalam sesebuah komputer.

Antara fungsinya adalah untuk menyimpan masa komputer (time setting). Selain itu, ia juga berfungsi untuk menyimpan BIOS settings.




Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.
Sekiranya anda hendak tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.




0 comments:

WAJIB YANG ANDA PERLU TAHU BILA NAK TAMBAH RAM

WAJIB YANG ANDA PERLU TAHU BILA NAK TAMBAH RAM



Bagi anda yang pernah atau bercadang untuk melakukan penambahbaikan terhadap komputer anda dengan menambah RAM, anda tentu dihujani dengan pelbagai terma-terma dan istilah-istilah berkaitan dengan RAM (Random Access Memory atau Ingatan Capaian Rawak).

Sebagai panduan kita bersama, berikut adalah di antara terma-terma yang perlu anda ketahui sewaktu melakukan pembelian atau melakukan tinjauan terhadap RAM di pasaran;

SO-DIMM
Singkatan kepada Small Outline Dual In-line Memory Module, SO-DIMM dikirakan sebagai alternatif bersaiz mini kepada DIMM (Dual In-line Memory Module). Ia sering didapati di dalam sistem yang berkerangka kecil seperti laptop, netbook, komputer desktop bersaiz kompak hinggalah ke pencetak berspesifikasi tinggi yang memiliki perkakasan yang boleh dinaik taraf (upgradeable hardware).

SO-DIMM DDR (Double Data Rate) dan DDR2 kedua-duanya memiliki 200 pin. Namun, kedua-duanya tidak boleh diletakkan sembarangan seperti meletakkan DDR pada spesifikasi perkakasan DDR2 atau sebaliknya. Mujurlah SO-DIMM memiliki takuk yang berbeza yang boleh digunakan untuk menentukan jenis-jenisnya dari pandangan mata kasar kita




UDIMM
UDIMM merupakan salah satu dari jenis-jenis DIMM, bezanya pada memorinya ia tidak berdaftar(unregistered atau unbuffered). UDIMM pada kebiasaannya digunakan pada komputer desktop dan laptop. Walaupun UDIMM dianggap lebih pantas dan lebih murah dari memori jenis berdaftar (RDIMM atau registered memory), tapi ia kurang stabil berbanding jenis yang berdaftar.
RDIMM lebih digunakan pada sistem komputer yang memerlukan kestabilan yang tinggi seperti yang ada pada server atau komputer penyelidikan. Bagi penggunaan komputer secara santai, penggunaan UDIMM sudah memadai. Cip pada DDR yang ada di dalam pasaran hari ini kebanyakannya adalah dari jenis UDIMM.

GDDR3, 4, dan 5


Graphics Double Data Rate (GDDR) adalah jenis memori yang digunakan untuk kad grafik. Walaupun ia mempunyai banyak persamaan teknologi dengan DDR (double data rate), ia masih mempunyai beberapa keunikan yang membezakannya. GDDR3, 4, dan 5, kesemuanya masih lagi digunakan secara meluas dan anda mungkin boleh mendapatkannya tanpa sebarang masalah.
penggunaan tenaga adalah kurang dengan menggunakan GDDR3. Ini membolehkan kad grafik menggunakan sistem penyejukan yang lebih ringkas selain meningkatkan mutu penghasilan grafik.

EDO DRAM
EDO (Extended Data Out) DRAM direka khusus untuk kegunaan pemprosesan Intel Pentium satu ketika dahulu. RAM jenis ini sudah tidak dikeluarkan lagi di pasaran hari ini. Ia dihasilkan dengan tujuan mengurangkan masa yang diperlukan untuk membaca memori.

Walaupun ia pada asalnya dioptimumkan untuk pemprosesan Pentium 66 MHz, ia tidak sesuai digunakan pada komputer yang lebih pantas. Untuk itu, RAM jenis SDRAM (Synchronous Dynamic RAM) adalah lebih sesuai digunakan.

PCX-XXXXX
Melabelkan DIMM DDR mengikut kadar kelajuaannya bukanlah sesuatu yang mudah. Misalnya kadar kelajuan data berganda, sebuah DIMM DDR yang dinilaikan sebagai 100 MHz sebenarnya mampu melaksanakan 200 juta pemindahan dalam masa 1 saat.

Disebabkan itu, DIMM DDR 100 MHz dilabelkan sebagai DDR-200, DIMM DDR 133 MHz dilabelkan sebagai DDR-266 dan begitu juga seterusnya.

Bagaimanapun, bit adalah unit ukuran yang lebih mudah digunakan berbanding kadar pemindahan bagi setiap saat selain dari memudahkan kita untuk melakukan pengiraan. Atas sebab itu, kelajuan DIMM diberi berdasarkan penarafan PC.

Penarafan PC DDR DIMM boleh dicongak dengan mendarabkan kadar pemindahan data untuk setiap saat dengan nilai 8. Untuk itu, penarafan PC memberikan DDR2-200 sebagai PC-1600.

DIMM DDR2 adalah lebih pantas berbanding jenis sebelumnya. Untuk itu, DIMM DDR2 yang bernilai 100 MHz akan dinilaikan sebagai DDR2-400 atau PC-3200. DIMM DDR2 yang lebih tinggi yang mencapai kelajuan sehingga 266 MHz akan dilabelkan sebagai DDR2-1066 atau PC2-8500. Bagaimanapun, pada kelajuan ini penarafan PC tidak sesuai lagi digunakan dan nilai kelajuannya akan digenapkan. Sebagai contoh kelajuan sebenar PC2-8500 menghampiri 8,500 MB/s.

DIMM DDR3 pula jauh lebih pantas dengan jenis yang paling asas pun mampu mengatasi kelajuan DIMM DDR sehingga empat kali ganda dan melakukan pemindahan data sehingga 800 juta sesaat. DIMM jenis ini mampu mencapai kelajuan sehingga 6,400 MB/s dan dilabelkan sebagai DDR3-800 atau PC3-6400.

Kesimpulan
Keperluan RAM anda bergantung kepada sistem komputer anda dan bagaimana anda ingin menggunakannya. Ada juga masanya yang RAM yang anda telah beli untuk digunakan tidak sesuai digunakan pada sistem komputer.

Untuk itu, jenis RAM dan ketersesuaiannya dengan papan induk komputer desktop atau laptop anda perlu diketahui terlebih dahulu.

Takut nanti nak jimat belanja upgrade punya pasal, timbul masa lain pula bila kita tak sengaja rosakkan perkakasan lain macam motherboard, hard disk dan sebagainya akibat tersilap pasang RAM.


Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.


1 comments:

Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro Tidak Dapat Startup

Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro Tidak Dapat Startup


Salam semua, Kali ini kami ingin berkongsi bagaimana cara untuk mengatasi masalah macbook pro tidak dapat startup.  Cara yang digunakan adalah dari 'try and error' sahaja.                                     

                               

Sebelum itu anda hendaklah mempunyai alat atau 'tool' untuk membuka macbook anda. Alat yang di maksudkan ialah skrew driver. Jika dah sediakan tool anda boleh mula dengan membuka penutup belakang macbook anda. Lepas tu anda buka RAM dan tukarkan RAM 1 pada kedudukan slot RAM 2 dan RAM 2 pada kedudukan slot 1. Senang cakap tukar kedudukan RAM. Jika macbook anda cuma menggunakan satu slot RAM, cuma pindahkan ke slot yang kedua. Selepas tukar kedudukan RAM tutup semula macbook anda.
                               

Kemudian cuba 'on' semula macbook anda dengan menekan butang power sebelah kanan atas. Jika bejaya tahniah. Kalau tak berjaya jangan susah hati. Apa yang perlu anda lakukan ialah pastikan macbook anda disambung dengan bekalan elektrik. Pastikan bateri di cas sehingga penuh. Jika lampu menunjukkan warna hijau bermakna bateri dah penuh kalau masih warna oren sabar tunggu sehingga penuh.  Tapi sebelum itu pastikan anda shutdown macbook anda dengan menekan butang power selama 10 saat. Selepas bateri penuh anda boleh cuba on semula macbook anda. Kami harap pada peringkat ini anda telah berjaya. Tahniah.

Selepas anda berjaya on semula macbook anda, anda perlu melakukan beberapa perkara lagi. Seperti senaraikan dibawah ini :

1. Reset PRAM. Pastikan anda shutdown secara biasa bukan main paksa. Lepas itu on semula macbook anda. Anda perlu tekan butang command + option + p + r secara serentak sebelum skrin kelabu keluar semasa anda restart semula macbook anda.

               

2. Verify disk permission + Repair disk permission. Anda perlu verify disk permision dan repair disk permision. Untuk melakukan perkara ini anda perlu klik disk utility dalam folder aplikasi --> Others. Anda perlu klik hardisk yang hendak di verify. Lakukan satu persatu dan tunggu biasanya tak lama hanya dalam masa beberapa minit sahaja. Ok, jadi ini sahaja perkongsian daripada kami. Semoga ianya bermanfaat untuk anda dan dapat membantu.

3. Dan sekiranya anda masih tidak berjaya meneyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan mengikut STEP yang telah kami berikan, anda boleh bawa Macbook anda kepada kami:

OK Computer Solution Bangi, dan kami akan membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi boleh hubungi kami di taliaan:-












            


1 comments:

Masalah Blue screen??

Cara atasi skrin biru / Blue Screen Of Death!

Anda pernah menghadapi masalah skrin biru atau dikenali sebagai "BSOD" pada laptop atau pc?


Sekiranya pernah, mari kita selusuri makna BSOD ini dengan lebih terperinci. BSOD ini mempunyai nama rasmi tersendiri iaitu Stop Error atau bug check, ia adalah error screen yang biasa dialami oleh Microsoft Windows apabila mengalami critical error, atau system crash yang tak boleh dibaiki. Semua version dari microsoft Windows biasanya mempunyai masalah ini dari win3.xx, win98, win2000, winXP , win Vista , Windows 7 serta windows 8 dan kemungkinan Windows 10 yang akan diumumkan tak lama lagi.

Kebanyakan masalah BSOD disebabkan oleh pemasangan perisian baru yang tidak serasi atau sememangnya perkakasan baru yang mempunyai pemandu yang tidak betul atau sesuatu yang telah merosakkan sistem.

Antara kesan-kesan BSOD ini ialah pc anda akan terasa berat dan lembab. Windows anda juga akan sering mengalami crash dan kemungkinan windows anda tidak boleh boot sama sekali.

Kebiasaan pengguna pc akan mengambil langkah mudah dengan menggunakan pendekatan "format windows" secara terus. Malahan terdapat pelbagai penyelesaian yang boleh dilakukan sebelum ke pilihan yang terakhir atau dibawa ke kedai untuk membaik pulih.

Seterusnya, saya akan senaraikan pula beberapa error yang akan dipaparkan pada skrin pc sewaktu BSOD berlaku supaya kita tahu secara terperinci “error” yang berlaku.

Antara “error” yang berlaku:

NTFS_FILE_SYSTEM atau FAT_FILE_SYSTEM (0X00000024) atau (0X00000023)
-Error in berlaku pada HDD, menunjukkan masalah berlaku pada partition atau file system dan bukan pada hard disknya. Mungkin berlaku "bad sector" pada hdd dan penyambung yang longgar pada hdd.
-Penyelesaian, sila periksa kabel SATA atau PATA (ketatkan) atau juga check partition HDD dengan tool check hdd.

UNEXPECTED_KERNEL_MODE_TRAP (0X0000007F)
-Overclock hardware yang berlebihan, komponen pc yang terlalu panas, BIOS mengalami korup, memory dan cpu ada masalah.
-Hardware yang berkaitan ialah Bios Setting, HFS system (Heat Sink and Fan) dan RAM.
-Penyelesaian, set BIOS motherboard pada default setting. Cuci HFS system. Flash semula bios asal. Servis dan cuci ram CPU.

DATA_BUS_ERROR atau PAGE_FAULT_IN_NONPAGED_AREA
-RAM memory atau slot di motherboard ada masalah. Masalah pada hardware antaranya RAM,         RAM memory video card atau memory di CPU processor (L2 cache). Punca berlakunya adalah kerosakan pada RAM.
-Penyelesaian, servis RAM atau tukar yang baru

FATAL_SYSTEM_ERROR (0XC000021A)
-Masalah install benda baru yang incompatible juga mempunyai harmful content. Masalah pada winlogon.exe. Juga ada ubah fail sistem dengan oleh administrator.
-Penyelesaian, masuk safe mode dan restore balik menggunakan "Last Known Good Configuration" masa tekan F8.

Sekiranya anda tidak juga bejaya menyelesaikan masalah, sila call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.




UNABLE_TO_LOCATE_DLL (0X0000135)
-Masalah file system yang hilang atau korup atau kerosakan pada windows registry.
-Penyelesaian, cari file system yang korup atau hilang tersebut melalui internet (dll-files.com) dan copy paste kan dalam sistem32 subfolder. Sekiranya tiada ditunjukkan nama file, barangkali masalah pada registry. Gunakan windows system restore.

Rumusan penyelesaian!

1) Windows corrupt atau dijangkiti virus.
• Repair installation windows dengan menggunakan recovery partition atau CD window. Sekiranya tidak memberi kesan, format sahaja dengan windows yang baru.


2) Driver dan software bermasalah.
• Masuk safe mode dengan menekan butang F8 semasa booting windows, buang driver atau software yang menyebabkan windows mengalami error atau corrupt, kemudian restart pc anda.
• Guna software ini http://www.nirsoft.net/utils/bluescreenview.zip untuk mencari software atau driver yang menjadi punca masalah.

3) Hardware terlalu panas.
• Cuci system HSF (Heat Sink and Fan) pc/laptop anda.

4) RAM bermasalah.
• Servis RAM atau tukar baru.
Penyelesaian alternatif menggunakan perisian!
AntiCrash merupakan salah satu program yang boleh memintas dan mengurangkan sehingga 95,8% kesilapan untuk menjadi skrin biru. Apabila kemalangan berlaku, Anti Crash membetulkan secara automatik, tidak perlu melakukan apa-apa. AntiCrash juga-satunya perisian yang mampu menghalang skrin biru dan “stuck”.


0 comments:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi