KENAPA PERLU THERMAL PASTE?


KENAPA PERLU THERMAL PASTE?


Sebelum menjawab persoalan di atas, mari sama-sama kita kenal apa itu Thermal Paste. Thermal Paste atau Thermal Grease atau Thermal Compound atau Chip Coolant atau apa saja pun namanya adalah sejenis bahan yang diperbuat dari silikon dan zink oksida atau seramik dan perak. Sebab itu kebanyakan Thermal Paste berwarna kelabu.

Kenapa perlu Thermal paste? Adakah Cooling sistem yang direka oleh engineer komputer tidak mampu menyejukkan Processor chip di motherboard. Sebenarnya, cooling sistem sahaja tak mampu mengawal kepanasan Processor chip di Motherboard. Kerana, apa bila terdapat 2 permukaan rata yang bercantum, masih ada lagi ruang udara yang terperangkap. Udara yang terangkap inilah yang dikenali sebagai ‘budak nakal’ yang menjadi agent-agent yang memanaskan lagi processor chip motherboard anda. Cuba lihat diagram dibawah:




Dengan adanya thermal paste, ruang udara telah diisi dengan cecair grease yang bersifat sejuk lagi menyejukkan. Oleh itu, suhu dapat dikawal supaya tidak terlalu panas yang menyebabkan motherboard anda terbakar. Suhu ideal bagi sesebuah laptop / PC ialah dibawah paras 60 ºC. Paling bagus ialah diantara 45-50 ºC.

Thermal paste perlu diganti dengan yang baru pada jangka masa tertentu. Ini kerana ianya akan mengeras dan tidak lagi mampu menjadi sebagai agent penyejuk. Sebaik-baiknya ganti thermal paste 6 bulan sekali. Saya selalu nasihatkan kepada pelanggan-pelanggan supaya service laptop mereka. Jika saya dapati laptop pelanggan saya terlalu panas atau berhabuk, akan akan servis tanpa perlu bertanya kepada mereka. Terpulang kepada mereka untuk membayar upah servis tersebut atau pun tidak. Kerana, bagi saya menyelamatkan laptop pelanggan adalah lebih utama daripada wang.

Saya berharap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda. Kongsikan ilmu ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana anda mungkin dapat menyelamatkan laptop / PC daripada mengalami kerosakan. Jumpa lagi di posting yang akan dating

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.





1 comment:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi