KESAN HIBERNATE & SLEEP PADA LAPTOP

KESAN HIBERNATE & SLEEP PADA LAPTOP
Kali ini kami akan menyentuh berkenaan satu tabiat yang boleh membawa bencana kepada Laptop/Notebook kesayangan kita. Tahukah anda dengan mengamalkan 'hibernate' dan 'sleep' di laptop anda boleh membawa kepada kerosakan skrin dan hard disk.

Kenapa ini terjadi?
Laptop/Notebook biasanya selepas 'hibernate' atau 'sleep' kita akan tutup skrin dan masukkan ke dalam bag jika hendak berpindah ke suatu tempat. Bayangkan haba yang dikeluarkan oleh motherboard dan hard disk yang tidak ditutup secara penuh ini terperap di dalam beg itu. Lama-kelamaan haba ini akan menjadikan hard disk dan panel skrin mudah rosak kesan kepanasan berpanjangan tanpa henti.
Jadi, kenapa perlu mengambil risiko ini? Jangan sayang untuk 'shut down' Laptop/Notebook anda. Berikan masa rehat untuk Laptop/Notebook kesayangan anda.
Barangan elektronik ini kalau terlebih guna sampai tiada istilah tutup pun tak boleh. Kalau terlebih sayang sampai sebulan sekali je guna pun tak boleh.


Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.




0 comments:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi