LED LCD Skrin , Mengapa ia lebih baik dari CCFL LCD?

LED LCD Skrin , Mengapa ia lebih baik dari
CCFL LCD?

Skrin LCD memerlukan cahaya untuk menghasilkan imej. Cecair Kristal hanya menyediakan warna tetapi tidak mewujudkan cahaya mereka sendiri, jadi cahaya latar atau backlight adalah sumber cahaya yang kemudiannya ditapis oleh cecair kristal untuk menghasilkan imej pada skrin.



Jenis backlight yang paling biasa dan telah digunakan selama bertahun-tahun ialah CCFLs (Cold Cathode Fluorescent Lamp) yang menggunakan power inverter untuk menukar Direct Current kepada kuasa AC Alternating Current voltan tinggi yang boleh digunakan untuk menyalakan mentol CCFL, tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, pengeluar telah mula menggunakan backlight jenis LED (Light Emitting Diod). Mari kita lihat beberapa kelebihan menggunakan backlighting LED.


LED boleh dipasang di sekitar sisi skrin, atau secara langsung di belakang skrin, dikenali sebagai direct mounting. Apabila menggunakan direct mounting, beberapa LED boleh dipilih untuk dimatikan bagi meningkatkan kontras, menjadikan kawasan gelap pada imej semakin gelap sementara masih mengekalkan kecerahan pada kawasan cerah. Pemasangan LED pada sisi lebih sesuai untuk paparan lebih nipis, seperti skrin laptop.


Salah satu kelebihan utama backlighting LED adalah mengurangkan penggunaan kuasa. LED umumnya menggunakan kuasa yang rendah berbanding CCFLs walaupun cahaya  dikeluarkan adalah sama . Tetapi hal ini agak diimbangi oleh kos pengeluaran yang lebih tinggi menggunakan LED sebagai backlight, dan menyebabkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.
Penggunaan kuasa yang lebih rendah juga membawa kepada jangka hayat bateri yang lebih baik, dan ianya mendapat perhatian kepada pengeluar alat mudah alih. Malah, jangka hayat bateri lebih lama adalah salah satu sebab utama kenapa kebanyakan pengeluar beralih kepada backlighting LED untuk laptop dan notebook keluaran mereka.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.




0 comments:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi