Tips Penjagaan Adapter Laptop | OKCS BANGI

Tips Penjagaan Adapter Laptop

Tips Penjagaan Adapter Laptop



Banyak ilmu kepakaran tentang komputer terutamanya tentang
bagaimana hendak menjaga komputer yang saya rasa patut 
dikongsi bersama anda semua. Saya merasakan amat berdosa jika 
tidak berkongsi pengetahuan yang saya ketahui kepada umum. Di sini
adalah tips untuk menjaga adapter charger anda. Harap dapat membantu


1) Pastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop
anda. Jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop 
anda, kemungkinan untuk laptop anda
rosak adalah tinggi.











2) Letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan
dengan air. Ini untuk mengelak kan anda dari terkena renjatan 
elektrik dan kemusnahan laptop anda.


















3) Selalu cabut charger andabila charger anda sudah terlalu panas.
Ini untuk mengelakkannya dari rosak dan merosakkan laptop.















4) Adalah dinasihatkan anda mencabut charger bila bateri sudah penuh. Ini sekaligus
menjaga bateri dan charger anda.























5) Apabila menggunakan charger, adalah lebih baik menanggalkan
bateri. Apabila menggunakan bateri adalah lebih baik untuk 
mencabut charger. Untuk mengecas bateri ianya lebih baik
jika laptop anda sedang ‘OFF’


















6) Bila menggunakan charger untuk masa yang lama, letakkannya
di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusyen, 
kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain.Ini untuk mengelakkan 
terlebih panas.


7) Wayar charger harus dielakkan dari terkoyak terkena benda
 tajam seperti bucu meja.Jika wayar charger sudah terkoyak, 
jangan gunakan lagi. Jangan balut wayar charger dengan ‘tape’ 
atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop boleh berlaku.
Tukar dan beli charger yang baru.


















Senang cerita bila guna laptop
Kalau guna charger jangan guna bateri
Kalau guna bateri jangan guna charger
Kalau nak cas bateri, cas bila laptop OFF


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi




                              

0 comments:

APPLE : SSD VS HDD : APAKAH PERBEZAAN? | OKCS BANGI

APPLE : SSD VS HDD : APAKAH PERBEZAAN?

Solid State Drive (SSD)                                               Hard Disk Drive (HDD)















Kami akan berikan perbezaan antara  storan SSD dan HDD untuk membantu anda memahami 
jenis dan pilihan yang terbaik.

Sejak akhir-akhir ini, pembeli PC mempunyai sangat banyak pilihan berkenaan dengan
storan fail yang terdapat dalam laptop, ultrabook atau desktop mereka. Jika anda 
membeli ultrabook atau ultraportable, anda mungkin akan memperolehi SSD sebagai 
pemacu utama ( C: pada Windows, Machintosh HD pada Mac).

Setiap Komputer atau laptop yang keluar daripada kilang mempunyai HDD. Sekarang
anda boleh menyelaraskan sistem anda dengan pemasangan storan HDD atau SSD, atau 
juga boleh dipasang kedua-duanya sekali. Disitu anda dapat mengetahui kelebihan dan 
kekurang antara satu sama lain.

Saiz dan Berat

Komponen atau bahan yang terdapat pada HDD, seperti platter, head, dll sangat
berpengaruh terhadap saiz atau dimensi serta berat dari HDD itu sendiri. Kerana
teknologi HDD sangat bergantung pada pusingan cakera, hal ini membuat batasan 
seberapa kecil HDD dapat dihasilkan. Sedangkan SSD terbebas dari batasan tersebut, 
sehingga saiz SSD dapat disusutkan seiring dengan perkembangan zaman.


SSD yang tersedia sekarang adalah 2.5 inci, itu bererti SSD ini hanya diperuntukan
untuk kegunaan laptop. Seiring dengan semakin kecilnya saiz komputer riba dan semakin
banyaknya pengguna PC tablet untuk melayari web, anda akan melihat kemampuan SSD
yang dapat menyesuaikan diri dengan mudah dengan saiz laptop / tablet.

Komponen dan Prinsip Kerja

HDD tersusun atas komponen mekanik dan elektronik.

Bahagian mekanikal HDD terdiri daripada piring, motor dan lengan yang bersambung ke
piring. Proses penulisan dan pembacaan data dilakukan dengan melalui proses mekanik
di mana cakera dimainkan oleh motor dan hujung dari lengan yang dihubungkan kepada
komponen elektronik yang mrmproses (baca dan tulis) data, melekat pada cakera yang
berputar dan melakukan aktiviti penulisan dan pembacaan data.

Secara umum, proses pengolahan data HDD dilakukan atau berlaku kerana sinergi antara
 aktiviti mekanikal dan elektrik. SSD dalam memproses data, menulis dan membaca data
tidak disokong oleh proses mekanik, dalam SSD tidak ada komponen mekanikal seperti
motor dan lengan serta cakera yang berputar.

Pada SSD hanya terdapat komponen elektronik seperti Intergrated Circuit atau IC,
micro cip dan komponen elektronik penyokong lain seperti kapasitor. Semua proses 
pembacaan dan penulisan data dilakukan secara elektrik sama seperti proses yang 
berlaku pada Flashdisk dan memori RAM.

Kelajuan Baca dan Tulis Data

Pada bahagian inilah SSD menunjukan perbezaan yang sangat ketara. Kelajuan baca tulis
SSD bahkan 8 kali lebih cepat berbanding dengan HDD. PC yang dipasang SSD boleh proses
booting dalam hitungan detik, pastinya tidak melebihi 1 minit. Sedangkan waktu yang
diperlukan HDD lebih lama bergantung kepada tujuan, dan yang pasti tidak lebih cepat
bila dibandingkan dengan SSD.

Salah satu faktor penyebabnya adalah SSD tidak menggunakan cakera berputar atau faktor
mekanikal sangat menyekat kemampuan elektronik dari HDD.

Kesan yang timbul

HDD menerapkan unsur mekanikal, sehingga menghasilkan kesan sampingan yang buruk
antara lain:

a. Panas yang berlebihan
b. Penggunaan kuasa elektrik yang tinggi
c. Pusingan motor dan piringan menimbulkan suara noise yang tinggi

Pada SSD, kerana tidak mempunyai unsur mekanikal maka kesannya adalah:

a. Panas atau suhu SSD tidak setinggi HDD.
b. Penggunaan kuasa elektrik sangat kecil, SDD cukup memerlukan daya kurang dari 1 watt
     sedangkan HDD memerlukan kuasa yang mencapai lebih dari 10 watt
c. Tidak ada putaran motor dan piringan membuat SDD sama sekali tidak bising.

Fragmentasi

Kerana bentuknya yang berpilin, HDD sangat baik untuk menyimpan fail-fail yang bersaiz
besar yang terletak pada blok yang berdekatan. Dan apabila kapasiti HDD mula penuh,
fail-fail yang sudah tersimpan berselerak, inilah yang dikenali sebagai fragmentasi.

Kesan dari fragmentasi ialah turunnya prestasi dari HDD itu sendiri. Dalam keadaan ini,
untuk memulihkan prestasi dari HDD, biasanya kita melakukan defrag untuk
memulihkannya.Sedangkan pada SSD kita tidak perlu pening memikirkan persoalan 
tentang fragmentasi kerana data disimpan pada cip flash.

Harga

SSD dijual dengan harga yang sangat mahal per GB-nya. Mahalnya harga SSD boleh
mencapai 9 kali ganda bila dibandingkan dengan HDD.



SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi




                              

0 comments:

Adakah anda KEJAM dengan laptop anda?? | OKCS BANGI


Adakah anda KEJAM dengan laptop anda?? Mari kita selidik kebenarannya..

Penjagaan laptop harus di ambil penekanan kepada pengguna yang tegar... 
Tahu mengguna tetapi tidak tahu untuk menjaganya. Laptop yang telah banyak 
berjasa pada anda, sedikitpun anda tidak ambil peduli tentang penjagaannya. 
Apabila sudah rosak barulah menggelabah nak service.. Anda memang 
pengguna yang KEJAM!!!



Apa masalah yang akan dihadapi apabila anda tidak menjaga laptop anda.

Pasti anda merasa pelik kenapa secara tiba-tiba laptop anda menjadi panas. Kipas 
kipas anda mengeluarkan angin yang panas. Laptop anda kerap kali mati atau 
restart secara sendiri. kadang-kadang baru on terus terpadam kat logo Windows. Jadi 
inilah masalah yang dihadapi oleh pengguna yang diketogorikan sebagai 
pengguna yang KEJAM!!


Mengapa ianya terjadi.


about laptop




about the laptop



Perkara sebegini adalah berpunca daripada chipset pada motherboard tidak mampu 
lagi untuk berfungsi seperti biasa. Kerana ia tidak dapat untuk mengawal haba 
yang dihasilkannya. Ini kerana ruangan udara pada kipas laptop telah tertutup oleh 
habuk ataupun material yang menghalang daripada udara masuk dan keluar. Jadi 
apa bila sudah sampai satu tahap yang menyebabkan chipset sudah tidak 
boleh lagi digunakan kerana telah terbakar dari dalamnya.

is laptop


laptop laptop laptop


it repair









Bilakah Waktu Terbaik Saya Servis Laptop?    <


it support


lap top


what laptop



Bagaimana untuk mengelakkan laptop anda rosak.


Menjaga laptop ini tidaklah sukar seperti anda fikirkan. Cukuplah anda service ia 
sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Bagi yang mahir untuk melakukannya sendiri 
mungkin tidak perlu mengeluarkan modal. Tetapi jika anda tidak pandai 
untuk mengendalinya, jangan memandai-mandai. Anda akan boleh menjadi pengguna 
yang lebih KEJAM!!. Mudah sahaja, hantar kepada yang pakar. Ia amat berbaloi 
pada kosnya. Daripada anda perlu mengeluarkan wang ringgit yang lebih besar 
apabila ia sudah rosak... Jadi fikirkan kebaikan lebih dari keburukan. Bak kata 
punjangga menyesal dahulu pendapat, sesal kemudian tiada guna lagi.. Elakkan 
diri dari menjadi pengguna yang KEJAM!!!. Kami di OK Computer Solution amat 
prihatin kepada anda...



which laptop







artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair chipset, service laptop, service motherboard, repair motherboard, service notebook, notebook computer service, ok computer solution bangi




SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi






                              

0 comments:

APPLE : Berapa Lama Lagi Bateri Macbook Anda Boleh Bertahan? | OKCS BANGI



MacBook, MacBook Air dan MacBook Pro datang dengan bateri litium polimer untuk memberikan hayat 
bateri maksimum dalam ruangan yang padat. Tahukah anda mengenai kitaran bateri?

Mengenai Kitaran Bateri


Penggunaan bateri macbook anda dikira dalam bentuk kitaran cas. Satu kitaran cas bermakna menggunakan
semua kuasa bateri,tetapi tidak bermakna mengunakannya dengan satu cas.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan macbook anda selama satu jam atau lebih sehari, dengan
menggunakan separuh cas, dan kemudian mengecasnya semula sepenuhnya.

Jika anda melakukan perkara yang sama pada hari berikutnya, ia akan dikira sebagai satu kitaran cas,
bukan dua, jadi ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk melengkapkan kitaran.

Bateri mempunyai kitaran cas yang terhad sebelum ia dianggap kehabisan kuasa ( komponen kimia yang
berada didalam bateri dianggap habis dan perlahan-lahan dari masa ke masa bateri akan kehilangan
keupayaan untuk menahan cas.), Setelah kehabisan kuasa maka disarankan ganti bateri yang baru.

Anda boleh menggunakan bateri anda selepas ia mencapai kiraan kitaran yang maksimum, tetapi anda
mungkin mendapati pengurangan hayat bateri anda. Mengetahui berapa kitaran cas pada bateri anda
dan berapa banyak lagi kitaran yang tinggal boleh membantu anda menentukan masa yang
sesuai untuk mengantikan bateri yang baru.

Untuk prestasi yang optimum, gantikan bateri anda apabila mencapai kiraan kitaran yang maksimum.

Ikut langkah ini untuk mendapatkan maklumat mengenai bateri macbook anda termasuk kiraan kitaran: 

  1. Langkah pertama anda akan berbeza bergantung kepada versi Mac OS Xyang anda gunakan:
    • OS X Snow Leopard v10.6.8 atau lebih awal:
      • Buka Apple System Profiler dengan memilih "About this Mac" daripada Apple Menu.          Kemudian klik More Info.

    • OS X v10.7 atau yang lebih baharu:
      • Buka System Information dengan memilih "About this Mac" daripada Apple Menu.                   Klik System Report.



2. Klik Power dalam senarai Kandungan (di bawah seksyen Perkakasan seperti yang ditunjukkan di bawah).

3. Kiraan kitaran semasa disenaraikan di bawah bahagian Maklumat bateri.

Contoh di atas menunjukkan Laporan Sistem dan bateri dengan enam kitaran di atasnya.

Cycle count limits


Lihat jadual di bawah untuk mengetahui had kiraan kitaran bateri untuk macbook anda. Bateri dianggap
kehabisan kuasa sebaik sahaja ia mencapai had.
ComputerMaximum Cycle Count
MacBook
MacBook (Retina, 12-inch, Early 2015)
MacBook (13-inch, Mid 2010)
MacBook (13-inch, Late 2009)
1000
MacBook (13-inch Aluminum, Late 2008)500
MacBook (Mid 2009)
MacBook (Early 2009)
MacBook (Late 2008)
MacBook (Early 2008)
MacBook (Late 2007)
MacBook (Mid 2007)
MacBook (Late 2006)
MacBook (13-inch)
300
MacBook Pro
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2015)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Mid 2014)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Late 2013)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2013)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Late 2012)
MacBook Pro (13-inch, Mid 2012)
MacBook Pro (13-inch, Late 2011)
MacBook Pro (13-inch, Early 2011)
MacBook Pro (13-inch, Mid 2010)
MacBook Pro (13-inch, Mid 2009)

MacBook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2014)
MacBook Pro (Retina, 15-inch, Late 2013)
MacBook Pro (Retina, 15-inch, Early 2013)
MacBook Pro (Retina, Mid 2012)
MacBook pro (15-inch, Mid 2012)
MacBook Pro (15-inch, Late 2011)
MacBook Pro (15-inch, Early 2011)
MacBook Pro (15-inch, Mid 2010)
MacBook Pro (15-inch, 2.53 GHz, Mid 2009)
MacBook Pro (15-inch Mid 2009)
MacBook Pro (17-inch, Late 2011)
MacBook Pro (17-inch, Early 2011)
MacBook Pro (17-inch, Mid 2010)
MacBook Pro (17-inch, Mid 2009)
MacBook Pro (17-inch, Early 2009)
1000
MacBook Pro (15-inch Late 2008)500
MacBook Pro (15-inch, Early 2008)
MacBook Pro (15-inch, 2.4/2.2GHz)
MacBook Pro (15-inch, Core 2 Duo)
MacBook Pro (15-inch Glossy)
MacBook Pro (15-inch)
MacBook Pro (17-inch, Late 2008)
MacBook Pro (17-inch, Early 2008)
MacBook Pro (17-inch, 2.4GHz)
MacBook Pro (17-inch Core 2 Duo)
MacBook Pro (17-inch)
300
MacBook Air
MacBook Air (11-inch, Early 2015)
MacBook Air (11-inch, Early 2014)
MacBook Air (11-inch, Mid 2013)
MacBook Air (11-inch, Mid 2012)
MacBook Air (11-inch, Mid 2011)
MacBook Air (11-inch, Late 2010)
MacBook Air (13-inch, Early 2015)
MacBook Air (13-inch, Early 2014)
MacBook Air (13-inch, Mid 2013)
MacBook Air (13-inch, Mid 2012)
MacBook Air (13-inch, Mid 2011)
MacBook Air (13-inch, Late 2010)
1000
MacBook Air (Mid 2009)500
MacBook Air (Late 2008)
MacBook Air
300

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi




                              

0 comments:

Tips Jaga Skrin | OKCS BANGI



Tips Jaga Skrin

10 tips TERBAIK untuk memanjangkan jangka hayat skrin laptop anda!





1. Selalulah cuci skrin anda untuk mengelakkan ia dimasuki habuk yang nampak kecil tetapi sebenarnya 

  sangatlah tidak baik untuk skrin anda.

2. Jangan sesekali mencuci skrin anda dengan kain yang kering. Ini disebabkan kotoran-kotoran yang 

melekat pada skrin tidak akan diserap oleh kain tersebut malah akan mencalarkan skrin anda.

3. Jangan letak objek yang berat menimpa laptop anda ketika laptop tidak digunakan.



4. Gunakan screen saver atau lebih baik setting pada "Power Management" dan setkan masa ‘Turn off 

the display in _ minutes. Lebih singkat masa lebih baik. Ini untuk tidak mensia-siakan lifespan @ jangka 
hayat skrin yang kebiasaannya dalam 3000 – 4000 jam (skrin ORIGINAL sahaja, skrin yang bukan original 
lifespan lebih sedikit).

5. Jangan letakkan jari anda di paparan skrin kerana ada kebarangkalian anda akan menyebabkan terjadinya 

‘dead pixel’ iaitu pixel yang tidak menyala oleh kerana tekanan yang mungkin lebih diberikan oleh jari anda
 terhadap skrin tersebut.

6. Gunakan kain yang 100% cotton untuk tujuan pembersihan kerana ia adalah lembut dan bersifat menyerap 

seperti baju2 lama dan stokin. Elakkan dari mengguna kain yang fabriknya bercampur dengan polyster kerana 
ia mengandungi filamen yang akan mencalarkan skrin anda.






7. Cara yang tepat untuk membersihkan skrin laptop adalah dengan menggunakan alat khas untuk 
mencuci skrin laptop. Pastikan set yang anda beli itu dilengkapi dengan kain anti-statik iaitu kain yang 
akan dapat ketika membeli spek mata kerana itu adalah alat terbaik dan paling efisien untuk mencuci skrin 
laptop anda.

8. Semasa menjalankan proses pembersihan, INGAT! jangan spray terus kepada skrin laptop anda tetapi 

pada kain tersebut dan JANGAN! lakukan proses pembersihan dalam keadaan laptop ON.

9. Pastikan skrin anda berada dalam keadaan kering sebelum anda menutup ‘lid’ laptop anda.

10. Pastikan diantara skrin dan laptop anda atau diatas keyboard anda tiada objek tidak kira kecil atau 

besar kerana banyak kes seperti terlupa alihkan pendrive lalu mencederakan skrin anda. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan lagi tips berkaitan penjagaan skrin laptop anda pada link di bawah :

Video kami tukar skrin laptop

Video penjagaan skrin laptop

Berhati-hati apabila beli / tukar LED / LCD laptop anda



Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, 
e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali
 kepada anda.

1 comments:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi