Apakah ciri adapter yang sesuai untuk laptop anda? | OKCS BANGI

Apakah ciri adapter yang sesuai untuk laptop anda

Jika anda menghadapi masalah pada adapter laptop anda, semestinya ianya amat 
mengganggu kerja anda bukan. Tapi tahukah anda power adapter boleh 
merosakkan laptop anda jika anda tidak mengambil kira kuasa yang disalurkan 
kepada laptop anda. 

Bagaimana power adapter boleh merosakkan laptop anda


Setiap laptop mempunyai kadar voltan atau aliran arus elektrik yang sesuai 
baginya. Tidak semua laptop mempunyai kadar voltan atau aliran elektrik 
yang sama. Bagi laptop yang kecil, kadar voltan dan arus elektriknya lebih kecil 
daripada yang besar. Maksudnya di sini semakin besar sesebuah laptop itu, 
makin besarlah kapasiti voltage yang di perlukan.

Perkara ini disebabkan setiap kompenen yang berada didalam sebuah laptop 
itu mempunyai kadar voltan yang telah di khususkan. Jika ianya disalurkan 
dengan voltan dan arus elektrik yang lebih, ia akan rosak. Jika kurang 
disalurkan voltan dan arus elektrik, ia tidak akan berfungsi.

Akibat dari salah pilih adapter
-LCD/LED screen akan mudah rosak
-Hard Disk Driver (HDD) lagging atau tersekat-sekat
-Chipset mudah rosak
-Motherboard mudah terbakar
-Ram tidak boleh berfungsi dengan sempurna
-Bateri akan mudah rosak

Universal adapter vs Original/Replacement adapter


Universal adapter merupakan adapter yang boleh dilaras mengikut kadar 
voltan dan arus elektrik yang anda mahukan. Ia juga mempunyai connecter 
yang pemboleh ubah mengikut laptop anda. Namun ianya agak kurang 
selamat digunakan kerana, apabila sudah lama digunakan, pelaras voltan itu 
akan menjadi rosak dan boleh memberi efek kepada laptop anda.

Tidak seperti Original/Replacement adapter, kadar voltan dan arus 
elektrik-nya sudah ditetapkan dan tidak boleh di ubah. Ia lagi selamat untuk 
digunakan untuk jangka masa yang panjang.



Universal adapter


Replacement adapter


Dari sini pentingnya bagi anda untuk memiliki power adapter yang betul-betul
bersesuaian dengan laptop anda. Elakkan dari mengguna Universal power 
adapter. Kerana voltan yang disalurkan tidak menentu. Gunakan power adapter 
yang khusus bagi laptop anda, agar laptop anda mendapat punca kuasa 
yang sesuai dengannya.

Anda pengguna harus menjadi bijak untuk mendapatkan power adapter yang 
terbaik bagi laptop anda. Jangan kerana salah memilih adapter untuk laptop
anda, anda terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki laptop 
anda yang rosak akibat dari kesilapan yang kecil. Kami OK Computer 
Solution perihatin tentang laptop anda.









Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, 
berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda 
memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

0 comments:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi