Tips Penjagaan Adapter Laptop | OKCS BANGI

Tips Penjagaan Adapter Laptop

Tips Penjagaan Adapter Laptop



Banyak ilmu kepakaran tentang komputer terutamanya tentang
bagaimana hendak menjaga komputer yang saya rasa patut 
dikongsi bersama anda semua. Saya merasakan amat berdosa jika 
tidak berkongsi pengetahuan yang saya ketahui kepada umum. Di sini
adalah tips untuk menjaga adapter charger anda. Harap dapat membantu


1) Pastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop
anda. Jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop 
anda, kemungkinan untuk laptop anda
rosak adalah tinggi.











2) Letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan
dengan air. Ini untuk mengelak kan anda dari terkena renjatan 
elektrik dan kemusnahan laptop anda.


















3) Selalu cabut charger andabila charger anda sudah terlalu panas.
Ini untuk mengelakkannya dari rosak dan merosakkan laptop.















4) Adalah dinasihatkan anda mencabut charger bila bateri sudah penuh. Ini sekaligus
menjaga bateri dan charger anda.























5) Apabila menggunakan charger, adalah lebih baik menanggalkan
bateri. Apabila menggunakan bateri adalah lebih baik untuk 
mencabut charger. Untuk mengecas bateri ianya lebih baik
jika laptop anda sedang ‘OFF’


















6) Bila menggunakan charger untuk masa yang lama, letakkannya
di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusyen, 
kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain.Ini untuk mengelakkan 
terlebih panas.


7) Wayar charger harus dielakkan dari terkoyak terkena benda
 tajam seperti bucu meja.Jika wayar charger sudah terkoyak, 
jangan gunakan lagi. Jangan balut wayar charger dengan ‘tape’ 
atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop boleh berlaku.
Tukar dan beli charger yang baru.


















Senang cerita bila guna laptop
Kalau guna charger jangan guna bateri
Kalau guna bateri jangan guna charger
Kalau nak cas bateri, cas bila laptop OFF


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi




                              

0 comments:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi