Macam Mana Google Maps Atau Waze Boleh Tahu Jalan Tu Jem Ke Tak? | OKCS BANGI



Zaman moden ni, hampir semua orang menggunakan aplikasi Waze ataupun Google Maps sebagai cara untuk ke satu destinasi daripada satu destinasi lain. Nak elakkan jalan jem pun guna Waze.


Persoalannya, macam mana Google Maps atau Waze atau aplikasi yang seumpama dengannya boleh tahu sesuatu jalan tu jem ke tak? Dia guna camera ke?





Jawapannya, kita sendiri yang beri maklumat pada Google sama ada jalan tu jem atau sebaliknya, tanpa kita sendiri sedari.
Dikenali sebagai Crowdsourcing, kita secara tak sedar telah menghantar maklumat lokasi geografi semasa kita kepada apps berkenaan ketika menggunakan aplikasi tersebut. Bukan hanya kita sahaja yang menghantar maklumat berkenaan, tetapi semua orang yang menggunakan aplikasi tersebut pada masa tertentu.

Maklumat seperti traffic semasa, jalan singkat dan laporan-laporan lain dikumpul sebaik sahaja kita set on ‘My Location’ dalam Google Maps. Dalam erti kata lain, Google Maps tahu dekat mana kita ada dan apa maklumat traffic semasa kita, dihantar kepada server, seterusnya di tafsirkan atas Google Maps. Sama lah juga dengan aplikasi GPS lain seperti Waze.
So jalan short-cut, dan re-routing bila terlepas simpang tu semua datang daripada pengguna apps itu juga. Sebab tu kadang-kadang kita lagi sesat bila guna GPS, sebab sebelum ni ada ramai orang yang sesat jugak.

Rujukan:
  1. Google Traffic – Wikipedia
  2. Google Official Blog
  3. Analyzing Real Time Traffic Capabilities of Personal Navigation Devices and Traffic Phone Applications – M Library (University of Michigan)
  4. System For Optimizing Driving Routes For Crowdsourcing Applications – Rutgers University Community Repository
  5. How Stuff Works








SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi





                              








































































































0 comments:

Kenapa Bila Beli Pendrive 2GB Tapi Check Saiz Dia Tulis 1.95GB Je? Lagi 0.5GB Pergi Mana? | OKCS BANGI



Oleh Syazwan Aizad. Sumber Seagate
Pernah tak bila korang beli pendrive atau storan lain dan check saiz dia lepas beli, tak pernah cukup dengan saiz sebenar? Lepas tu rasa macam kena tipu dengan penjual pun ada.

Sebenarnya, perkara ni hanya terjadi kepada pengguna Windows dan beberapa versi lama MacOS kerana sistem operasi ini menggunakan sistem binari.



Sistem Binari vs Sistem Perpuluhan.
Kalau lah masih ingat masa sekolah dulu, dalam mata pelajaran Matematik ada satu subtopik ni “Base Number”,atau Nombor Asas. Ada nombor asas 2, 5, 8 dan 10.

Well, kebanyakkan sistem pengoperasi komputer seperti Windows, BIOSFDISK dan MacOS yang lama menggunakan sistem binari, iaitu nombor asas 2. Ini bermaksud, jika kapasiti 1 TB, sistem akan tunjuk nombor yang agak kecil iaitu 931 GB.


So tak payah risau kalau pendrive korang tunjuk saiz yang agak kecil berbanding dengan saiz sebenar.














SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi





                              












0 comments:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi