ADA GARISAN PADA SKRIN IMAC ?! | OKCS BANGI

Seorang pelanggan datang ke OK Computer Solution bangi kerana iMac miliknya terdapat garisan pada skrin. Garisan pada skrin itu sangat mengganggu beliau ketika melakukan kerja editing. Kerja graphic tersebut memerlukan ketepatan. Beliau rasa sangat terganggu dengan masalah yang dihadapi.

Terdapat garisan pada skrin.
Setelah diperiksa oleh technician kami, technician kami mendapati skrin iMac tersebut bermasalah. Ianya mungkin kerana ada hentakan, tertindih dengan benda berat atau elektromagnet. Kebanyakan masalah terjadi disebabkan hentakan. Jika dibiarkan, skrin terus terpadam pada masa akan datang. 

Skrin lama akan dicabut.
Skrin tersebut perlu ditukar kepada yang baru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan. Kos tukar skrin bagi iMac boleh dirujuk dimana-mana cawangan OK Computer Solution. Tempoh untuk tukar skrin hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Namun begitu, jika tiada stok, kami perlu order skrin itu dahulu.

Pemasangan skrin baru.
Akhirnya, pelanggan tersebut sangat berpuas hati dengan servis kami. Dia juga sangat lega kerana selepas ini beliau tidak terganggu dengan garisan itu lagi. iMac miliknya kini sudah berjaya dibaiki dan mempunyai paparan yang lebih jelas.

Paparan skrin iMac kembali seperti biasa.



SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi




                              

0 comments:

Copyright © 2013 Ok Computer Solution Bangi