Posts

Showing posts from February, 2016

Masalah laptop off sendiri / auto shutdown

Image
Masalah laptop off sendiri / auto shutdown Artikel kali ini kita nk shere serba sedikit masalah laptop off sendiri / auto shutdown, sebenarnya banyak punca laptop off sendiri / auto shutodwn. semasa tengah guna laptop. buat kerja / assignment ataupun tengah guna zoom kelas online. Tiba tiba laptop off sendiri / auto shutdown. Masa ni pulak la nak laptop off sendiri / auto shutdown, takde ribut takda petir, tiba-tiba jadi laptop jadi macam ini. Jadi apa punca-puncanya laptop off sendiri / auto shutdown ? Masalah Battery, ya betul battery dah rosak walaupun battery stil ada  dalam 50%, try tukar dangan battery baru, kalau battery baru ok maksudnya battery laptop korang dah rosak. solution tukar battery baru. Ok tu untuk masalah battery , masalah lain, kadang-kadang sebab windows yang menyebabkan laptop off sendiri / auto shutodwn. windows dah problem ataupun kena virus boleh jadi. Selain itu, punca lain laptop off sendiri / auto shutdown, laptop dah lama tidak diservis . Ya lama tida

KOSMO! :- OK COMPUTER SOLUTION KELUAR PAPER LAGI.

Image
KOSMO! :- OK COMPUTER SOLUTION KELUAR PAPER LAGI. Ok Computer Solution mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Akhbar Kosmo! kerana sudi menyiarkan lagi artikel mengenai kami.  ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ok Computer Solution adalah sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan komputer khususnya berjenama Apple, optimis untuk terus kukuh dalam segmen ini kerana permintaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan terus meningkat. Pengasas syarikat, Muhammad Luqman Ayob berkata, meskipun trend masyarakat kini lebih teruja menggunakan tablet dan telefon mudah aluh pelbagai jenama, namun, segmen komputer riba masih diminati. Malah ia memiliki kumpulan pelanggannya yang tersendiri terutama mereka yang menggunakan produk Apple. Menurutnya, berdasarkan prestasi yang membanggakan itu, syarikat yang telah beroperasi sejak empat tah

APPLE: MENGAPA SOLID STATE DRIVE (SSD)?

Image
APPLE: MENGAPA SOLID STATE DRIVE (SSD)? Solid State Drive (SSD) menjadi buruan ramai pengguna Macbook Pro pada masa kini kerana ianya memberi banyak kelebihan berbanding Hard Disk Drive (HDD). Hampir 90% pengguna Macbook Pro model A1278 dan Macbook Pro model A1286 datang ke kedai kami semata-mata menukar HDD kepada SSD. Ini sangat terbukti apabila kami membuat video perbezaan kelajuan antara SSD dan HDD (  lihat video disini  ). Malah bukan kelajuan sahaja yang ada pada SSD ini, mari kami kongsikan beberapa kelebihan lain yang ada pada SSD yang ramai tidak tahu. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SSD LEBIH TAHAN LASAK  SSD menampilkan rekaan yang bukan mekanikal yang mana menggunakan Flash NAND yang dipasang pada papan litar dan dapat menahan hentakan sehingga 1500g/0.5ms manakala HDD pula terdiri daripada pelbagai bahagian yang bergerak menjadikan mereka mudah terdedah denga

Apple : Upgrade kepada OS X El Capitan

Image
Apple : Upgrade kepada OS X El Capitan Terdapat begitu banyak sebab untuk upgrade kepada OS X El Capitan. Anda akan mendapat akses kepada ciri-ciri baru yang akan membuatkan Mac anda lebih cekap dan menyeronokkan. Dan upgrade adalah satu-satunya cara untuk memastikan bahawa anda mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini dan peningkatan prestasi. Tambahan pula, Ia percuma dan ia adalah mudah. ADAKAH MAC ANDA BOLEH RUN EL CAPITAN? Mac yang diperkenalkan pada tahun 2009 keatas, dan beberapa model tahun 2007 dan 2008, boleh upgrade kepada El Capitan. Model-model Mac yang serasi dengan OS X El Capitan: MacBook (awal 2015) MacBook (lewat 2008 aluminium, atau awal 2009 atau lebih baru) MacBook Pro (Mid / lewat 2007 atau lebih baru) MacBook Air (lewat 2008 atau lebih baru) Mac mini (awal 2009 atau lebih baru) iMac (Mid 2007 atau lebih baru) Mac Pro (awal 2008 atau lebih baru) Xserve (awal 2009) Untuk keterangan lebih lanjut mengenai model Mac anda,

REPAIR : MACBOOK PRO A1278 - MASALAH OS (OPERATION SYSTEM)

Image
REPAIR : MACBOOK PRO A1278 - MASALAH OS (OPERATION SYSTEM) MacBook Pro 13" Unibody Late 2011  Late 2011 model, A1278 / 2.4 GHz i5 or 2.8 GHz i7 processor. Masalah system problem : -  tidak boleh masuk os  sangkut pada logo apple roda pelangi berpusing pada startup  loading bar bergerak separuh dan shutdown Antara punca berlakunya masalah ini :- update software tidak habis pemasangan aplikasi daripada sumber tidak diketahui upgrade os x yang tidak dilakukan dengan cara yang betul Testimoni Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Akmal Masalah sebenar yang dihadapi oleh Tuan  Akmal  ialah macbook beliau mengalami masalah sistem, dimana loading bar bergerak separuh dan terus shutdown. Masalah ini kerap berlaku apabila adanya ter update system OS ataupun sesuatu aplikasi. Tuan  Akmal  terjumpa video iklan kami di FB dan terus menelefon kami untuk menyelesaikan masalah macbooknya. Tuan  Akmal  risau akan data-data penting dan kerjan

UPGRADE : MACBOOK PRO A1286 UPGRADE SSD 512GB

Image
UPGRADE : MACBOOK PRO A1286 UPGRADE SSD 512GB MacBook Pro 15" Unibody Late 2011 upgrade SSD 512gb Released October 24, 2011 / 2.2, 2.4, or 2.5 GHz Quad-core Intel Core i7 Processor Masalah Slow/lambat apabila buka sesuatu aplikasi kemungkinan merangkumi permasalahan dibawah   Masalah OS  Masalah HDD Masalah Overheat Masalah RAM Jika tiada sebarang masalah terus Upgrade kepada Solid State Drive(SSD)  HDD ORIGINAL SSD 512GB TESTIMONI Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Aizuddin Ariff Masalah sebenar yang dihadapi oleh Tuan  Aizuddin Ariff  ialah macbook beliau mengalami masalah slow dan lambat apabila buka sesuatu aplikasi. Masalah ini kerap berlaku apabila Tuan Aizuddin Ariff mengunakan aplikasi editing sperti Adobe photoshop, Adobe Illustrator, dan yang paling ketara semasa render video mengunakan Adobe After Effect. Tuan  Aizuddin Ariff  terjumpa video iklan kami di FB berkenaan kelajuan Solid State Drive(SSD)

Wei, asal laptop panas gila? | OKCS BANGI

Image
Wei, asal laptop panas gila Adakah anda  KEJAM  dengan laptop anda?? Mari kita selidik kebenarannya.. Penjagaan laptop harus di ambil penekanan kepada pengguna yang tegar... Tahu mengguna tetapi tidak tahu untuk menjaganya. Laptop yang telah banyak berjasa pada anda, sedikitpun anda tidak ambil peduli tentang penjagaannya. Apabila sudah rosak barulah menggelabah nak service.. Anda memang pengguna yang  KEJAM!!! Apa masalah yang akan dihadapi apabila anda tidak menjaga laptop anda. Pasti anda merasa pelik kenapa secara tiba-tiba laptop anda menjadi panas. Kipas kipas anda mengeluarkan angin yang panas. Laptop anda kerap kali mati atau restart secara sendiri. kadang-kadang baru on terus terpadam kat logo Windows. Jadi inilah masalah yang dihadapi oleh pengguna yang diketogorikan sebagai pengguna yang  KEJAM!! Mengapa ianya terjadi. Perkara sebegini adalah berpunca daripada chipset pada motherboard tidak mampu lagi untuk berfungsi seperti biasa. Ker

Dilema Seorang Student : Bagaimana Nak Beli Laptop?

Image
Dilema Seorang Student : Bagaimana Nak Beli Laptop? Seiring dengan perkembangan zaman, teknologi juga kian pesat berkembang. Apatah lagi jika anda bergelar seorang pelajar terutamanya mereka yang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi, anda sangatlah dituntut untuk bersikap lebih bijak dan intelektual. Dengan kemudahan seperti laptop masa kini, segalanya dihujung jari. Pelbagai kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar manfaat daripada sesebuah laptop, antaranya seperti : 1) Untuk memproses dan menyimpan data atau maklumat 2) Untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan berita semasa 3) Untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah 4) Untuk memudahkan pelajar berkomunikasi secara maya dengan pensyarah mahupun rakan 5) Untuk dijadikan alat mengulang kaji pelajaran 6) Untuk memberikan hiburan dan kegembiraan kepada pelajar dikala sedang tertekan dengan jadual padat pembelajaran 7) Menjadi bahan penyebar dakwah sesama pelajar dan dunia

Cuci Dan Servis Kipas Heatsink Laptop

Image
Cuci Dan Servis Kipas Heatsink Laptop Kepentingan cuci serta servis bahagian dalam laptop secara berkala adalah perlu sekurang-kurangnya setahun sekali. Kepentingan cuci dan servis kipas heatsink ini adalah supaya laptop dapat bertahan lama. Ia adalah untuk menjaga jangka hayat laptop supaya bertahan lama dan tidak mengalami masalah overheating. Apabila kipas heatsink laptop berfungsi ia akan menyedut udara dari luar. Apabila sistem pengudaraan sesebuah laptop tidak dijaga dengan baik udara ini akan berkumpul menjadi tebal serta menghalang udara keluar masuk dari heatsink. Hal ini boleh menyebabkan masalah overheating seperti kipas laptop berbunyi kuat dan tiada angin keluar. Laptop juga akan  sering kali menjadi hang, selalu mendapat masalah blue screen serta selalu off sendiri (autoshutdown)  dan kadang-kadang restart secara tiba-tiba. Jika kipas laptop anda tidak pernah di cuci serta di servis ia akan menyebabkan debu serta habuk yang banyak. Kesan daripada masalah

Bilakah Waktu Terbaik Format Laptop?

Image
Bilakah Waktu Terbaik Format Laptop? Apakah itu format? Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut bilakah waktu yang sesuai untuk anda format laptop, kami akan bagi tahu serba sedikit apakah yang dimaksudkan / difahami umum pasal 'format komputer / laptop' ni..  Menformat komputer adalah suatu proses yang akan membuang / menghapuskan data dan mengimbas sektor yang rosak di dalam hard disk. Ia juga tidak akan memasukkan data ke dalam sektor yang rosak apabila sistem operasi baru dipasang. Waktu terbaik format laptop Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba pelbagai cara untuk menjalankan semula sistem komputer tetapi ia masih bermasalah. Secara umumnya, melainkan kita mempunyai pengetahuan dalam pemulihan sesuatu masalah, ia masih sukar untuk dipulihkan. Apabila ini berlaku, memformat komputer merupakan c