Repair Dan Servis Macbook Bangi & Putrajaya | Ok Computer Solution Bangi

Image
Repair Dan Servis Macbook Bangi & Putrajaya | Ok Computer Solution Bangi
JAP!Macbook kena servis ke?!!
Tak pernah dengar pun macbook kena servis ke? selalu guna macbook kita sleep terus je tak pernah pulak dengar macbook kena servis. Jap korang tak pernah dengar ke macbook sebenarnya kena servis setahun sekali? 
Tak pernah dengar ke ? sebenarnya sama je dengan laptop, kalau tak pernah dengar meh admin cerita apa kelebihan servis macbook ini sebenarnya.
Kelebihan servis macbook?
Lebih sejuk daripada biasa. (wow sejuk macam mana tu?)Kenapa lebih sejuk pulak?Bila habuk tebal sekat pada fan masalah akan timbul adalah fan tidak  berfungi udara panas akan terkumpul sebab tulah kadang-kadang Macbook tutup sendiri atau mati sendiriBila fan tak pusing motherboard boleh terbakar tau. hati hati. harga untuk repair motherboard macbook sangatlah tinggi, boleh cecah ribu-ribu ringgi sekali motherboard dh rosak.So bila fan bebas dari habuk yang sekat udara panas senang keluar jadi macbook lebih sej…

APPLE: MENGAPA SOLID STATE DRIVE (SSD)?

APPLE: MENGAPA SOLID STATE DRIVE (SSD)?


Solid State Drive (SSD) menjadi buruan ramai pengguna Macbook Pro pada masa kini kerana ianya memberi banyak kelebihan berbanding Hard Disk Drive (HDD). Hampir 90% pengguna Macbook Pro model A1278 dan Macbook Pro model A1286 datang ke kedai kami semata-mata menukar HDD kepada SSD.

Ini sangat terbukti apabila kami membuat video perbezaan kelajuan antara SSD dan HDD ( lihat video disini ). Malah bukan kelajuan sahaja yang ada pada SSD ini, mari kami kongsikan beberapa kelebihan lain yang ada pada SSD yang ramai tidak tahu.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SSD LEBIH TAHAN LASAK 


SSD menampilkan rekaan yang bukan mekanikal yang mana menggunakan Flash NAND yang dipasang pada papan litar dan dapat menahan hentakan sehingga 1500g/0.5ms manakala HDD pula terdiri daripada pelbagai bahagian yang bergerak menjadikan mereka mudah terdedah dengan gegaran dan kerosakan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SSD LEBIH PANTAS

SSD 100 kali lebih pantas berbanding HDD, akses data tidak sampai sesaat, boot up lebih cepat, transfer fail lebih cepat, malah keseluruhan proses pengkomputeran dapat dijalankan dengan lebih cepat berbanding HDD.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SSD KURANG MENGUNAKAN KUASA (POWER)


SSD kurang menggunakan kuasa walaupun berada pada prestasi yang  maksima, kurang daripada 2W vs 6W untuk HDD. Kecekapan SSD membolehkan bateri dapat bertahan lebih lama di dalam macbook, malah dapat mengurangkan tekanan kuasa untuk penggunaan sistem dan persekitaran pengkomputeran yang lebih sejuk.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SSD LEBIH RINGAN


SSD jauh lebih ringan berbanding dengan HDD, kebanyakkan SSD berat 77g vs 752.5g untuk HDD. Jadi anda boleh membawa ke mana sahaja macbook anda tanpa beban yang berat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SSD LEBIH SEJUK

Selain daripada penyimpanan tenaga yang cekap, SSD juga menghasilkan haba yang sedikit berbanding dengan HDD, ini kerana SSD hanya memerlukan sedikit tenaga untuk beroperasi dan jalan proses pengkomputeran dalam macbook anda. 



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SSD LEBIH SENYAP

SSD lebih senyap kerana tiada bahagian yang bergerak di dalamnya, jadi SSD tidak menganggu anda ketika mana anda sedang menonton movie atau sedang bermain game, berbeza dengan HDD kerana banyak komponen yang berkerja didalamnya dan menghasilkan bunyi yang boleh merimaskan anda. 


   ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SSD memberi manfaat yang besar kepada kita pada hari ini, tidak kira apa jua cara kita gunakannya, samada kita mahu menyegarkan Macbook lama atau untuk memaksimumkan potensi Macbook yang sedia ada.

SSD adalah cara utama untuk rasa perbezaan prestasi Macbook anda setiap hari.

Comments

Popular posts from this blog

REPAIR LAPTOP | OKCS BANGI

KENAPA MACBOOK PRO CEPAT PANAS?