Posts

Showing posts from May, 2016

Repair Dan Servis Macbook Bangi & Putrajaya | Ok Computer Solution Bangi

Image
Repair Dan Servis Macbook Bangi & Putrajaya | Ok Computer Solution Bangi
JAP!Macbook kena servis ke?!!
Tak pernah dengar pun macbook kena servis ke? selalu guna macbook kita sleep terus je tak pernah pulak dengar macbook kena servis. Jap korang tak pernah dengar ke macbook sebenarnya kena servis setahun sekali? 
Tak pernah dengar ke ? sebenarnya sama je dengan laptop, kalau tak pernah dengar meh admin cerita apa kelebihan servis macbook ini sebenarnya.
Kelebihan servis macbook?
Lebih sejuk daripada biasa. (wow sejuk macam mana tu?)Kenapa lebih sejuk pulak?Bila habuk tebal sekat pada fan masalah akan timbul adalah fan tidak  berfungi udara panas akan terkumpul sebab tulah kadang-kadang Macbook tutup sendiri atau mati sendiriBila fan tak pusing motherboard boleh terbakar tau. hati hati. harga untuk repair motherboard macbook sangatlah tinggi, boleh cecah ribu-ribu ringgi sekali motherboard dh rosak.So bila fan bebas dari habuk yang sekat udara panas senang keluar jadi macbook lebih sej…

KESAN HIBERNATE & SLEEP PADA LAPTOP

Image
KESAN HIBERNATE & SLEEP PADA LAPTOP Kali ini kami akan menyentuh berkenaan satu tabiat yang boleh membawa bencana kepada Laptop/Notebook kesayangan kita. Tahukah anda dengan mengamalkan 'hibernate' dan 'sleep' di laptop anda boleh membawa kepada kerosakan skrin dan hard disk.
Kenapa ini terjadi? Laptop/Notebook biasanya selepas 'hibernate' atau 'sleep' kita akan tutup skrin dan masukkan ke dalam bag jika hendak berpindah ke suatu tempat. Bayangkan haba yang dikeluarkan oleh motherboard dan hard disk yang tidak ditutup secara penuh ini terperap di dalam beg itu. Lama-kelamaan haba ini akan menjadikan hard disk dan panel skrin mudah rosak kesan kepanasan berpanjangan tanpa henti. Jadi, kenapa perlu mengambil risiko ini? Jangan sayang untuk 'shut down' Laptop/Notebook anda. Berikan masa rehatuntuk Laptop/Notebook kesayangan anda. Barangan elektronik ini kalau terlebih guna sampai tiada istilah tutup pun tak boleh. Kalau terlebih sayang sampai sebula…

LED LCD Skrin , Mengapa ia lebih baik dari CCFL LCD?

Image
LED LCD Skrin , Mengapa ia lebih baik dari CCFL LCD?
Skrin LCD memerlukan cahaya untuk menghasilkan imej. Cecair Kristal hanya menyediakan warna tetapi tidak mewujudkan cahaya mereka sendiri, jadi cahaya latar atau backlight adalah sumber cahaya yang kemudiannya ditapis oleh cecair kristal untuk menghasilkan imej pada skrin.


Jenis backlight yang paling biasa dan telah digunakan selama bertahun-tahun ialah CCFLs (Cold Cathode Fluorescent Lamp) yang menggunakan power inverter untuk menukar Direct Current kepada kuasa AC Alternating Current voltan tinggi yang boleh digunakan untuk menyalakan mentol CCFL, tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, pengeluar telah mula menggunakan backlight jenis LED (Light Emitting Diod). Mari kita lihat beberapa kelebihan menggunakan backlighting LED.

LED boleh dipasang di sekitar sisi skrin, atau secara langsung di belakang skrin, dikenali sebagai direct mounting. Apabila menggunakan direct mounting, beberapa LED boleh dipilih untuk dimatikan bagi meningkat…

KESAN BURUK MENGGUNAKAN LAPTOP TANPA BATERI

Image
KESAN BURUK MENGGUNAKAN LAPTOP TANPA BATERI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan laptop sambil mengecasbateriakan membuatkan jangka hayatbaterimenjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkanbateri. Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakanbaterisebaliknya berpotensi merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.
Sebenarnya kedua-dua pendapat ini tidak salah, tetapi perlu diketahui bahawa menggunakan laptop tanpa menggunakan bateri yang dihubungkan terus ke soket elektrik adalah lebih teruk kesannya.
Hal ini kerana arus elektrik akan lansung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga, sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi. Selain itu, jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentun…

KENAPA PERLU THERMAL PASTE?

Image
KENAPA PERLU THERMAL PASTE?

Sebelum menjawab persoalan di atas, mari sama-sama kita kenal apa itu Thermal Paste. Thermal Paste atau Thermal Grease atau Thermal Compound atau Chip Coolant atau apa saja pun namanya adalah sejenis bahan yang diperbuat dari silikon dan zink oksida atau seramik dan perak. Sebab itu kebanyakan Thermal Paste berwarna kelabu.
Kenapa perlu Thermal paste? Adakah Cooling sistem yang direka oleh engineer komputer tidak mampu menyejukkan Processor chip di motherboard. Sebenarnya, cooling sistem sahaja tak mampu mengawal kepanasan Processor chip di Motherboard. Kerana, apa bila terdapat 2 permukaan rata yang bercantum, masih ada lagi ruang udara yang terperangkap. Udara yang terangkap inilah yang dikenali sebagai ‘budak nakal’ yang menjadi agent-agent yang memanaskan lagi processor chip motherboard anda. Cuba lihat diagram dibawah:



Dengan adanya thermal paste, ruang udara telah diisi dengan cecair grease yang bersifat sejuk lagi menyejukkan. Oleh itu, suhu dapat dikaw…

CARA MEMPERCEPAT STARTUP KOMPUTER

Image
CARA MEMPERCEPAT STARTUP KOMPUTER

Mengapa komputer lama saat dihidupkan? apakah ada yang salah pada sistemnya atau pada komputernya? apakah komputer mengalami kerosakan? pertanyaan itu sering muncul ketika kita menghidupkan komputer tetapi loading startup untuk menampilkan windows menjadi sangat lama. Pada kesempatan ini saya akan ajar tentang cara mempercepat startup windows sehingga anda tidak perlu menunggu lama saat menghidupkan komputer. Pada saat komputer pertama kali dihidupkan, komputer akan meload semua program-program yang ada untuk ditampilkan pertama kali pada windows, jika semakin banyak program yang akan dibuka oleh system maka proses untuk load data dari program memerlukan waktu yang lama pula. untuk itu ada beberapa tips yang boleh diterapkan untuk mempercepat loading startup pada komputer:

1.  Langkah pertama kita akan meminimalis program yang akan dibuka oleh system pertama sekali dengan masuk ke system startup iaitu dengan menekanWindows + R pada keyboard atau mencari

PUNCA LAPTOP CEPAT PANAS

Image
PUNCA LAPTOP CEPAT PANAS


Panas merupakan salah satu musuh terbesar bagi laptop. Panas yang berlebihan dari sebuah laptop dapat menggangu performance dari laptop itu sendiri, dah tentunya juga dapat menganggu untuk membuat kerja. Dibandingkan dengan sebuah PC, laptop cenderung lebih mudah panas. Biasanya sebuah PC masih mempunyai ruang didalamnya yang boleh digunakan untuk sirkulasi udara, sehingga sirkulasi udara pada PC cenderung lebih baik dibandingkan dengan laptop. Sementara laptop dengan design yang lebih nipis dan minimalis,otomatis menyebabkan komponen yang ada di dalamnya menjadi sangat padat, sehingga sirkulasi udara didalamnya kurang begitu baik. Kali ini saya akan memaparkan beberapa hal yang dapat menyebabkan laptop menjadi cepat panas. Mungkin beberapa hal yang saya utarakan berikut ini merupakan beberapa hal  penyebab laptop cepat panas. Tentu saja ulasan berikut ini berdasarkan pengalaman peribadi saya. Berikut merupakan beberapa hal yang dapat menyebabkan laptop Anda cep…

Apakah Fungsi Bateri CMOS?

Image
Apakah Fungsi Bateri CMOS?



CMOS adalah singkatan kepada Complementary Metal Oxide Semiconductor yang terletak pada motherboard. Bentuknya kelihatan bulat sama seperti dengan bateri jam yang biasa kita lihat. Kebiasaanya, bateri CMOS ini akan menjadi lemah dalam masa 5 ke 6 tahun selepas digunakan dalam sesebuah komputer.
Antara fungsinya adalah untuk menyimpan masa komputer (time setting).Selain itu, ia juga berfungsi untuk menyimpan BIOS settings.



Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda. Sekiranya anda hendak tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsappkepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.



WAJIB YANG ANDA PERLU TAHU BILA NAK TAMBAH RAM

Image
WAJIB YANG ANDA PERLU TAHU BILA NAK TAMBAH RAM


Bagi anda yang pernah atau bercadang untuk melakukan penambahbaikan terhadap komputer anda dengan menambah RAM, anda tentu dihujani dengan pelbagai terma-terma dan istilah-istilah berkaitan dengan RAM (Random Access Memory atau Ingatan Capaian Rawak).
Sebagai panduan kita bersama, berikut adalah di antara terma-terma yang perlu anda ketahui sewaktu melakukan pembelian atau melakukan tinjauan terhadap RAM di pasaran;
SO-DIMM Singkatan kepada Small Outline Dual In-line Memory Module, SO-DIMM dikirakan sebagai alternatif bersaiz mini kepada DIMM (Dual In-line Memory Module). Ia sering didapati di dalam sistem yang berkerangka kecil seperti laptop, netbook, komputer desktop bersaiz kompak hinggalah ke pencetak berspesifikasi tinggi yang memiliki perkakasan yang boleh dinaik taraf (upgradeable hardware).
SO-DIMM DDR (Double Data Rate) dan DDR2 kedua-duanya memiliki 200 pin. Namun, kedua-duanya tidak boleh diletakkan sembarangan seperti meletak…

Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro Tidak Dapat Startup

Image
Cara Mengatasi Masalah Macbook Pro Tidak Dapat Startup

Salam semua, Kali ini kami ingin berkongsi bagaimana cara untuk mengatasi masalah macbook pro tidak dapat startup.  Cara yang digunakan adalah dari 'try and error' sahaja.                                     

Sebelum itu anda hendaklah mempunyai alat atau 'tool' untuk membuka macbook anda. Alat yang di maksudkan ialah skrew driver. Jika dah sediakan tool anda boleh mula dengan membuka penutup belakang macbook anda. Lepas tu anda buka RAM dan tukarkan RAM 1 pada kedudukan slot RAM 2 dan RAM 2 pada kedudukan slot 1. Senang cakap tukar kedudukan RAM. Jika macbook anda cuma menggunakan satu slot RAM, cuma pindahkan ke slot yang kedua. Selepas tukar kedudukan RAM tutup semula macbook anda.
Kemudian cuba 'on' semula macbook anda dengan menekan butang power sebelah kanan atas. Jika bejaya tahniah. Kalau tak berjaya jangan susah hati. Apa yang perlu anda lakukan ialah pastikan macbook anda disambung dengan bekalan…

Masalah Blue screen??

Image
Cara atasi skrin biru / Blue Screen Of Death!
Anda pernah menghadapi masalah skrin biru atau dikenali sebagai "BSOD" pada laptop atau pc?

Sekiranya pernah, mari kita selusuri makna BSOD ini dengan lebih terperinci. BSOD ini mempunyai nama rasmi tersendiri iaitu Stop Error atau bug check, ia adalah error screen yang biasa dialami oleh Microsoft Windows apabila mengalami critical error, atau system crash yang tak boleh dibaiki. Semua version dari microsoft Windows biasanya mempunyai masalah ini dari win3.xx, win98, win2000, winXP , win Vista , Windows 7 serta windows 8 dan kemungkinan Windows 10 yang akan diumumkan tak lama lagi.
Kebanyakan masalah BSOD disebabkan oleh pemasangan perisian baru yang tidak serasi atau sememangnya perkakasan baru yang mempunyai pemandu yang tidak betul atau sesuatu yang telah merosakkan sistem.
Antara kesan-kesan BSOD ini ialah pc anda akan terasa berat dan lembab. Windows anda juga akan sering mengalami crash dan kemungkinan windows anda tidak b…