Masalah laptop off sendiri / auto shutdown

Image
Masalah laptop off sendiri / auto shutdown Artikel kali ini kita nk shere serba sedikit masalah laptop off sendiri / auto shutdown, sebenarnya banyak punca laptop off sendiri / auto shutodwn. semasa tengah guna laptop. buat kerja / assignment ataupun tengah guna zoom kelas online. Tiba tiba laptop off sendiri / auto shutdown. Masa ni pulak la nak laptop off sendiri / auto shutdown, takde ribut takda petir, tiba-tiba jadi laptop jadi macam ini. Jadi apa punca-puncanya laptop off sendiri / auto shutdown ? Masalah Battery, ya betul battery dah rosak walaupun battery stil ada  dalam 50%, try tukar dangan battery baru, kalau battery baru ok maksudnya battery laptop korang dah rosak. solution tukar battery baru. Ok tu untuk masalah battery , masalah lain, kadang-kadang sebab windows yang menyebabkan laptop off sendiri / auto shutodwn. windows dah problem ataupun kena virus boleh jadi. Selain itu, punca lain laptop off sendiri / auto shutdown, laptop dah lama tidak diservis . Ya lama tida

KENAPA PERLU THERMAL PASTE?


KENAPA PERLU THERMAL PASTE?


Sebelum menjawab persoalan di atas, mari sama-sama kita kenal apa itu Thermal Paste. Thermal Paste atau Thermal Grease atau Thermal Compound atau Chip Coolant atau apa saja pun namanya adalah sejenis bahan yang diperbuat dari silikon dan zink oksida atau seramik dan perak. Sebab itu kebanyakan Thermal Paste berwarna kelabu.

Kenapa perlu Thermal paste? Adakah Cooling sistem yang direka oleh engineer komputer tidak mampu menyejukkan Processor chip di motherboard. Sebenarnya, cooling sistem sahaja tak mampu mengawal kepanasan Processor chip di Motherboard. Kerana, apa bila terdapat 2 permukaan rata yang bercantum, masih ada lagi ruang udara yang terperangkap. Udara yang terangkap inilah yang dikenali sebagai ‘budak nakal’ yang menjadi agent-agent yang memanaskan lagi processor chip motherboard anda. Cuba lihat diagram dibawah:




Dengan adanya thermal paste, ruang udara telah diisi dengan cecair grease yang bersifat sejuk lagi menyejukkan. Oleh itu, suhu dapat dikawal supaya tidak terlalu panas yang menyebabkan motherboard anda terbakar. Suhu ideal bagi sesebuah laptop / PC ialah dibawah paras 60 ºC. Paling bagus ialah diantara 45-50 ºC.

Thermal paste perlu diganti dengan yang baru pada jangka masa tertentu. Ini kerana ianya akan mengeras dan tidak lagi mampu menjadi sebagai agent penyejuk. Sebaik-baiknya ganti thermal paste 6 bulan sekali. Saya selalu nasihatkan kepada pelanggan-pelanggan supaya service laptop mereka. Jika saya dapati laptop pelanggan saya terlalu panas atau berhabuk, akan akan servis tanpa perlu bertanya kepada mereka. Terpulang kepada mereka untuk membayar upah servis tersebut atau pun tidak. Kerana, bagi saya menyelamatkan laptop pelanggan adalah lebih utama daripada wang.

Saya berharap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda. Kongsikan ilmu ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana anda mungkin dapat menyelamatkan laptop / PC daripada mengalami kerosakan. Jumpa lagi di posting yang akan dating

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEDAI KOMPUTER BANDAR BARU BANGI-KAJANG-PUTRAJAYA

2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh

Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OK Computer Solution Bangi