Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OK Computer Solution Bangi

Image
Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OKCS Bangi

- Orang kata nak cari kedai repair laptop bangi dan kajang ni susah gila. Puas google tapi tak jumpa, ha berita baik pada warga bangi dan kajang, Ok Computer solution bangi repair laptop di sini. Kami dah lama beroperasi sebenarnya tapi malangnya google map tidak di claim, malangnya google map kami telah suspended. Jadi kena buat baru la nampaknya.

- Jadi kepada warga bangi dan kajang kami repair laptop. Kami repair laptop dari brand A-T adalah brand Acer sehingga Toshiba (maksudnya acer asus lenovo samsung msi alienware dell toshiba)

- Jadi kami repair laptop kerosakkan apa?

Kami repair laptopkerosakkan motherboard (contohnya laptop tidak boleh on akibat disambar petir yang menyebabkan chipset dekat motherboard terbakar, kami boleh tukar chipset yang terbakar itu dengan yang baru) contoh macam dibawah Kami repair laptopkerosakkan screen, ( contah screen laptop pecah, kami boleh tukar screen yang baru ) contoh macam dibawah


Selain itu kami repai…

LED LCD Skrin , Mengapa ia lebih baik dari CCFL LCD?

LED LCD Skrin , Mengapa ia lebih baik dari
CCFL LCD?

Skrin LCD memerlukan cahaya untuk menghasilkan imej. Cecair Kristal hanya menyediakan warna tetapi tidak mewujudkan cahaya mereka sendiri, jadi cahaya latar atau backlight adalah sumber cahaya yang kemudiannya ditapis oleh cecair kristal untuk menghasilkan imej pada skrin.



Jenis backlight yang paling biasa dan telah digunakan selama bertahun-tahun ialah CCFLs (Cold Cathode Fluorescent Lamp) yang menggunakan power inverter untuk menukar Direct Current kepada kuasa AC Alternating Current voltan tinggi yang boleh digunakan untuk menyalakan mentol CCFL, tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, pengeluar telah mula menggunakan backlight jenis LED (Light Emitting Diod). Mari kita lihat beberapa kelebihan menggunakan backlighting LED.


LED boleh dipasang di sekitar sisi skrin, atau secara langsung di belakang skrin, dikenali sebagai direct mounting. Apabila menggunakan direct mounting, beberapa LED boleh dipilih untuk dimatikan bagi meningkatkan kontras, menjadikan kawasan gelap pada imej semakin gelap sementara masih mengekalkan kecerahan pada kawasan cerah. Pemasangan LED pada sisi lebih sesuai untuk paparan lebih nipis, seperti skrin laptop.


Salah satu kelebihan utama backlighting LED adalah mengurangkan penggunaan kuasa. LED umumnya menggunakan kuasa yang rendah berbanding CCFLs walaupun cahaya  dikeluarkan adalah sama . Tetapi hal ini agak diimbangi oleh kos pengeluaran yang lebih tinggi menggunakan LED sebagai backlight, dan menyebabkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.
Penggunaan kuasa yang lebih rendah juga membawa kepada jangka hayat bateri yang lebih baik, dan ianya mendapat perhatian kepada pengeluar alat mudah alih. Malah, jangka hayat bateri lebih lama adalah salah satu sebab utama kenapa kebanyakan pengeluar beralih kepada backlighting LED untuk laptop dan notebook keluaran mereka.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.




Comments

Popular posts from this blog

KENAPA MACBOOK PRO CEPAT PANAS?

Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OK Computer Solution Bangi

KEDAI KOMPUTER BANDAR BARU BANGI-KAJANG-PUTRAJAYA