Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OK Computer Solution Bangi

Image
Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OKCS Bangi

- Orang kata nak cari kedai repair laptop bangi dan kajang ni susah gila. Puas google tapi tak jumpa, ha berita baik pada warga bangi dan kajang, Ok Computer solution bangi repair laptop di sini. Kami dah lama beroperasi sebenarnya tapi malangnya google map tidak di claim, malangnya google map kami telah suspended. Jadi kena buat baru la nampaknya.

- Jadi kepada warga bangi dan kajang kami repair laptop. Kami repair laptop dari brand A-T adalah brand Acer sehingga Toshiba (maksudnya acer asus lenovo samsung msi alienware dell toshiba)

- Jadi kami repair laptop kerosakkan apa?

Kami repair laptopkerosakkan motherboard (contohnya laptop tidak boleh on akibat disambar petir yang menyebabkan chipset dekat motherboard terbakar, kami boleh tukar chipset yang terbakar itu dengan yang baru) contoh macam dibawah Kami repair laptopkerosakkan screen, ( contah screen laptop pecah, kami boleh tukar screen yang baru ) contoh macam dibawah


Selain itu kami repai…

PUNCA LAPTOP CEPAT PANAS

PUNCA LAPTOP CEPAT PANAS
 



            Panas merupakan salah satu musuh terbesar bagi laptop. Panas yang berlebihan dari sebuah laptop dapat menggangu performance dari laptop itu sendiri, dah tentunya juga dapat menganggu untuk membuat kerja. Dibandingkan dengan sebuah PC, laptop cenderung lebih mudah panas. Biasanya sebuah PC masih mempunyai ruang didalamnya yang boleh digunakan untuk sirkulasi udara, sehingga sirkulasi udara pada PC cenderung lebih baik dibandingkan dengan laptop. Sementara laptop dengan design yang lebih nipis dan minimalis, otomatis menyebabkan komponen yang ada di dalamnya menjadi sangat padat, sehingga sirkulasi udara didalamnya kurang begitu baik. Kali ini saya akan memaparkan beberapa hal yang dapat menyebabkan laptop menjadi cepat panas.
Mungkin beberapa hal yang saya utarakan berikut ini merupakan beberapa hal  penyebab laptop cepat panas. Tentu saja ulasan berikut ini berdasarkan pengalaman peribadi saya. Berikut merupakan beberapa hal yang dapat menyebabkan laptop Anda cepat panas.

Ø  Menggunakan Laptop Terlebih Masa
                Kita tentunya sudah tahu, penggunaan laptop dalam jangka waktu yang lama dapat meningkatnya suhu pada komponen – komponen yang ada pada laptop. Apatah lagi jika laptop digunakan untuk kerja berat, seperti bermain games atau untuk membuat design grafik, ini lebih mempercepat laptop menjadi panas.


Ø  Laluan Udara Heatsink Terganggu
                Sedar atau tidak, kebanyakkan masalah adalah berpunca dari saluran heatsink yang terganggu oleh kumpulan segala jenis habuk dan adik beradik habuk serta family habuk itu sekali yang menyebabkan kepanasan pada pemproses pusat (CPU) meningkat tinggi. Heatsink adalah lapisan metal yang bertindak sebagai penebat haba yang menyalurkan kepanasan pemproses keluar dari ruang dalaman laptop.
Kepanasan adalah musuh utama sebarang komponen elektronik yang sering kali menyebabkan Windows korang menjadi hang. Untuk memastikan komponen berada dalam suhu yang sesuai, setiap laluan pengudaraan mestilah dalam keadaan baik dan lancar. Namun, anda tidak mungkin dapat mengelak dari masalah ini. Kumpulan segala jenis habuk dan adik beradik habuk serta family habuk yang tebal pada heatsink terkumpul sedikit demi sedikit yang menyukarkan anda untuk mengawalnya.
Servis pada heatsink sekurang-kurangnya 6 bulan sekali adalah yang terbaik bagi semua jenis peralatan mobile (notebook, laptop dan netbook). Servis pada heatsink perlu dilakukan oleh mereka yang mahir mengendalikan perkakasan laptop. Setelah selesai korang melakukan servis, korang akan dapat merasai perbezaannya (laptop tidak lagi panas seperti sebelumnya dan tidak lagi hang)…




Ø  Kipas Heatsink tidak berfungsi
                Pastikan fan atau kipas heatsink berfungsi dengan baik. Untuk memastikan ianya berfungsi, korang hanya perlu mendengar dengan teliti dari bawah laptop korang yang sepatutnya kedengaran seperti kipas yang sedang berpusing. Kebanyakkan laptop pada masa kini mempunyai kemampuan bagi kelajuan pusingan kipas yang dikawal oleh suhu pemproses. Ini bermakna tidak semestinya korang akan mendengar kipas heatsink berpusing setiap masa, ini adalah bagi meningkatkan jangka hayat penggunaan bateri.
Semak tetapan BIOS bagi mengenal pasti mode pusingan kipas heatsink. Sebaiknya biarkan kipas berfungsi pada setiap masa. Kipas heatsink yang gagal berfungsi perlu ditukar segera. Ianya boleh menyebabkan kepanasan terlampau yang akan mengganggu ketahanan komponen lain disekitar unit pemproses (CPU) dan sudah tentu akan menyebabkan Windows hang. Elak dari meletakkan laptop atas permukaan tidak sekata seperti di atas karpet atau tilam yang semestinya akan menutup ruang pengudaraan yang diperlukan bagi kipas dan mekanisma penyejuk laptop atau notepad korang berfungsi dengan baik.



Ø  Hard Disk failure
                Kitaran masa penggunaan sesuatu peralatan mempunyai had-had tertentu yang telah dikenal pasti oleh pembuat. Disini, bermakna setiap komponen atau peralatan mempunyai tempoh hayat tertentu. Hard Disk adalah antara peralatan yang sering dibawah jangka hayat ditetapkan pengeluar. Ia juga merupakan salah satu faktor penyebar haba yang terbanyak selepas pemproses (CPU & chipset) yang menyebabkan peralatan laptop, notebook dan netbook korang berasa agak panas dan boleh menyebabkan gangguan seperti masalah Windows hang.
Kepanasan yang berterusan pada hard disk juga akan memendekkan jangka hayat hard disk. Biasanya, sebelum sebarang hard disk menjadi total-lost, keupayaan hard disk tersebut terganggu. Gangguan ini juga mengakibatkan Windows sering kali bermasalah dan “hang” disebabkan kesemua fail-fail windows adalah terletak di dalam hard disk tersebut. Adalah digalakkan bagi korang untuk menyemak status SMART hard disk sebagai langkah berjaga jaga dari sebarang kemungkinan hard disk failure yang boleh mengakibatkan kehilangan keseluruhan data di dalamnya…



Ø  Thermal Paste Kering
Kita tahu bahawa salah satu komponen yang cepat panas pada laptop adalah pada bahagian processor,dan biasanya pada bahagian atas processor diberi semacam gelyang disebut thermal pasteyang betujuan untuk mengurangi panas yang dihasilkan oleh processor.  Apabila laptop masih baru, biasanya tidak ada masalah pada thermal paste, tetapi setelah melewati masa pemakaian yang lama, lama – kelamaan thermal paste akan mengering  dan  processor akan cepat panas.


Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.






Comments

Popular posts from this blog

REPAIR LAPTOP | OKCS BANGI

KENAPA MACBOOK PRO CEPAT PANAS?