Solved masalah laptop hp pavilion 14 slow dan hang | kedai repair laptop

Image
Solved masalah laptop hp pavilion 14 slow dan hang | kedai repair laptop
Hari ini admin ingin berkongi sikit masalah laptop hp pavilion 14slow dan hangteruk. Banyak pengunalaptop hp pavilion 14mengadu dan juga mengkritik kenapa laptop hp pavilion 14 ini menjadi slow dan selalu hang.
Puas mencari kedai repair laptop sekitar bangi ini, susah betul nak cari sampai kena google akhirnya jumpa satu nama kedai computer iaitu ok computer solution bangi.
Owner laptop hp pavilion 14 ini mengadu kepada kami laptop hp pavilion 14 beliau kerap hang dan application freeze( maksudnya semua benda tak begerak, kena force shutdown laptop)(tekan button on lama-lama)

Owner laptop hp pavilion 14 ini memberitahu kami sebelom ini laptop hp paviliom 14 beliau 2gb ram dan beliau tukar 2gb jadi 4gb ram, beliau memberitahu laptop dia laju sekejap tak sampai sebulan jadi balik masalah laptop  slow dan hang ini, owner memberitahu dia sangat-sangat STRESS dah la kerja banyak tidak siap, serta masa tengah nak present…

2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh

2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh


Masa mula-mula beli handphone, hampir 60% yang beli handphone akan bertanya, berapa lama nak caj handphone baru? Ada yang kat kena caj handphone baru 8 jam. Ada yang kata tak perlu 8 jam, cukup sekadar dah penuh.


Kini selepas setahun atau dua tahun guna handphone, masalah bateri ‘kong’ atau bateri cepat habis sangat biasa dengar, memang tiada solusi lain kerana masing-masing menggunakan handphone untuk online 24 jam.


Tetapi masalah timbul apabila charger handphone rosak. Sekarang kalau beli handphone baru, charger datang berasingan dengan USB cable. Bukan macam dahulu yang bersambung. Kalau charger rosak, yang rosak pasti wayar USB di bahagian kepala yang nak dimasuk ke handphone ataupun wayar putus.



Kenapa caj bateri handphone lambat penuh?




Pernah ambil tahu mengenai kapasiti output charger yang anda guna sekarang ni? Kelajuan pengecasan sesebuah handphone salah satunya bergantung pada kapasiti output charger


Ada yang diberi charger dengan output 800mAh, 850mAh, 1000mAh, 1200mAh, 1350mAh, sehingga 2100mAh.

Lagi besar saiz kapasiti output charger anda lagi cepat kelajuan untuk caj handphone anda sehingga penuh.

Kalau handphone murah macam lenovo S820 saya, dia bagi 1000mAh sahaja. Kebiasaan Samsung akan bagi 2000mAh.

Bila kapasiti output charger rendah, handphone akan caj agak lambat. Jadi memang lambat la penuh!

Tapi kalau kapasiti charger anda dah 2100mAh tapi masih lambat, mungkin ada masalah di wayar USB.

Sekiranya kepala charger rosak, agak sukar nak dapatkan kepala charger 2000mAh keatas di kedai biasa. Melainkan beli yang original di kedai handphone atau gadget. Harga dalam RM40.

2. Panjang dan tebal Wayar USB





Ramai yang tak tahu, kepanjangan dan ketebalan wayar USB memainkan peranan penting juga untuk pastikan handphone di caj penuh dengan cepat.

Walaupun kapasiti output charger anda tinggi, tetapi kelajuan charge tetap rendah, ini kerana wayar USB yang anda gunakan adalah jenis panjang dan kurang tebal.

Kalau kita lihat wayar USB original yang kita dapat dari pembelian handphone, bahan penebat wayar tersebut lebih tebal dan tidak terlalu panjang.

Kalau di beli di kedai atau pasar malam, pelbagai jenis wayar yang dijual, siap berwarna warni dan berlampu lagi. Tetapi apabila digunakan, pasti apabila caj handphone lambat penuh.

Jadi, lebih baik beli wayar USB yang dibuat dari penebat yang tebal untuk aliran arus elektik yang lebih banyak.

Jadi sebelum nak beli charger dan wayar USB, perlu ambil kira saiz kapasiti charger dan juga ketebalan penabat wayar USB. Supaya tiada masalah apabila caj bateri handphone lambat penuh.


Saya berharap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda. Kongsikan ilmu ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana anda mungkin dapat menyelamatkan laptop / PC daripada mengalami kerosakan. Jumpa lagi di posting yang akan dating

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.










Comments

Popular posts from this blog

KEDAI KOMPUTER BANDAR BARU BANGI-KAJANG-PUTRAJAYA

Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OK Computer Solution Bangi