Repair Dan Servis Macbook Bangi & Putrajaya | Ok Computer Solution Bangi

Image
Repair Dan Servis Macbook Bangi & Putrajaya | Ok Computer Solution Bangi
JAP!Macbook kena servis ke?!!
Tak pernah dengar pun macbook kena servis ke? selalu guna macbook kita sleep terus je tak pernah pulak dengar macbook kena servis. Jap korang tak pernah dengar ke macbook sebenarnya kena servis setahun sekali? 
Tak pernah dengar ke ? sebenarnya sama je dengan laptop, kalau tak pernah dengar meh admin cerita apa kelebihan servis macbook ini sebenarnya.
Kelebihan servis macbook?
Lebih sejuk daripada biasa. (wow sejuk macam mana tu?)Kenapa lebih sejuk pulak?Bila habuk tebal sekat pada fan masalah akan timbul adalah fan tidak  berfungi udara panas akan terkumpul sebab tulah kadang-kadang Macbook tutup sendiri atau mati sendiriBila fan tak pusing motherboard boleh terbakar tau. hati hati. harga untuk repair motherboard macbook sangatlah tinggi, boleh cecah ribu-ribu ringgi sekali motherboard dh rosak.So bila fan bebas dari habuk yang sekat udara panas senang keluar jadi macbook lebih sej…

Punca Kenapa Iphone Jadi Cepat Panas | OKCS BANGI

Punca Kenapa Iphone jadi cepat Panas




Menurut kajian, bateri lithium-ion pada kebiasaannya menyimpan 40 peratus cas dan mengeluarkan haba pada sekitar 40 darjah Celcius apabila digunakan. Ia boleh meningkat lebih tinggi lagi jika dibiarkan pada charger seharian seperti yang biasa dilakukan oleh pengguna laptop.

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh pengguna telefon pintar apabila berhadapan dengan situasi peranti menjadi panas?

Terdapat tiga punca utama yang biasa dikaitkan dengan mengapa Iphone anda menjadi panas;

Isyarat selular yang lemah

Beban pemprosesan yang melampau
Mengecas bateri

Isyarat selular yang lemah
Di Malaysia, isyarat telekomunikasi untuk capaian internet mudah alih oleh syarikat-syarikat telco tidak konsisten. Ia mungkin disebabkan jumlah pengguna telefon mudah alih di Malaysia yang semakin berkembang dan ditambah pula dengan kekangan prasarana di sesetengah tempat terutamanya di kawasan pedalaman.

Kesannya, telefon pintar atau tablet kita akan berterusan mencari isyarat telekomunikasi hingga memberikan kesan terhadap penggunaan tenaga bateri serta menjadikan peranti lebih cepat panas.

Malangnya, untuk masalah ini tidak ada lagi penyelesaian secara total melainkan anda perlu menutup sementara penggunaan data selular pada peranti anda.

Beban pemprosesan yang melampau
Seperti yang telah dinyatakan pada awal artikel ini, pemprosesan telefon pintar atau tablet mampu menjanakan haba yang agak tinggi pada satu-satu masa. Semakin banyak proses yang dilakukan, semakin panas lah jadinya pemproses itu. Ia juga boleh menjadi panas ketika sedang mendapatkan isyarat selular dari telco atau terdapat aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan pada background.

Anda mungkin boleh mengurangkan penggunaan pemprosesan peranti anda dengan mematikan sesetengah aplikasi-aplikasi yang dirasakan tidak diperlukan pada tetapan Ipkhone anda.
Mengecas bateri
Aktiviti mengecas bateri peranti secara umumnya adalah selamat dilakukan jika kena pada caranya. Jika tersalah langkah, seperti menggunakan pengecas tiruan atau yang sudah rosak, ia mampu mengundang bahaya.

Sebagai langkah keselamatan, cuba elakkan dari menggunakan pengecas tiruan. Biarlah bermodal sikit mendapatkan pengecas yang asli dari pengeluar peranti asalkan anda selamat.


Saya berharap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda. Kongsikan ilmu ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana anda mungkin dapat menyelamatkan laptop / PC daripada mengalami kerosakan. Jumpa lagi di posting yang akan dating


Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila datang atau call/whatsapp kepada kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.






Comments

Popular posts from this blog

REPAIR LAPTOP | OKCS BANGI

KENAPA MACBOOK PRO CEPAT PANAS?