Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OK Computer Solution Bangi

Image
Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OKCS Bangi

- Orang kata nak cari kedai repair laptop bangi dan kajang ni susah gila. Puas google tapi tak jumpa, ha berita baik pada warga bangi dan kajang, Ok Computer solution bangi repair laptop di sini. Kami dah lama beroperasi sebenarnya tapi malangnya google map tidak di claim, malangnya google map kami telah suspended. Jadi kena buat baru la nampaknya.

- Jadi kepada warga bangi dan kajang kami repair laptop. Kami repair laptop dari brand A-T adalah brand Acer sehingga Toshiba (maksudnya acer asus lenovo samsung msi alienware dell toshiba)

- Jadi kami repair laptop kerosakkan apa?

Kami repair laptopkerosakkan motherboard (contohnya laptop tidak boleh on akibat disambar petir yang menyebabkan chipset dekat motherboard terbakar, kami boleh tukar chipset yang terbakar itu dengan yang baru) contoh macam dibawah Kami repair laptopkerosakkan screen, ( contah screen laptop pecah, kami boleh tukar screen yang baru ) contoh macam dibawah


Selain itu kami repai…

APPLE : SSD VS HDD : APAKAH PERBEZAAN? | OKCS BANGI

APPLE : SSD VS HDD : APAKAH PERBEZAAN?

Solid State Drive (SSD)                                               Hard Disk Drive (HDD)















Kami akan berikan perbezaan antara  storan SSD dan HDD untuk membantu anda memahami 
jenis dan pilihan yang terbaik.

Sejak akhir-akhir ini, pembeli PC mempunyai sangat banyak pilihan berkenaan dengan
storan fail yang terdapat dalam laptop, ultrabook atau desktop mereka. Jika anda 
membeli ultrabook atau ultraportable, anda mungkin akan memperolehi SSD sebagai 
pemacu utama ( C: pada Windows, Machintosh HD pada Mac).

Setiap Komputer atau laptop yang keluar daripada kilang mempunyai HDD. Sekarang
anda boleh menyelaraskan sistem anda dengan pemasangan storan HDD atau SSD, atau 
juga boleh dipasang kedua-duanya sekali. Disitu anda dapat mengetahui kelebihan dan 
kekurang antara satu sama lain.

Saiz dan Berat

Komponen atau bahan yang terdapat pada HDD, seperti platter, head, dll sangat
berpengaruh terhadap saiz atau dimensi serta berat dari HDD itu sendiri. Kerana
teknologi HDD sangat bergantung pada pusingan cakera, hal ini membuat batasan 
seberapa kecil HDD dapat dihasilkan. Sedangkan SSD terbebas dari batasan tersebut, 
sehingga saiz SSD dapat disusutkan seiring dengan perkembangan zaman.


SSD yang tersedia sekarang adalah 2.5 inci, itu bererti SSD ini hanya diperuntukan
untuk kegunaan laptop. Seiring dengan semakin kecilnya saiz komputer riba dan semakin
banyaknya pengguna PC tablet untuk melayari web, anda akan melihat kemampuan SSD
yang dapat menyesuaikan diri dengan mudah dengan saiz laptop / tablet.

Komponen dan Prinsip Kerja

HDD tersusun atas komponen mekanik dan elektronik.

Bahagian mekanikal HDD terdiri daripada piring, motor dan lengan yang bersambung ke
piring. Proses penulisan dan pembacaan data dilakukan dengan melalui proses mekanik
di mana cakera dimainkan oleh motor dan hujung dari lengan yang dihubungkan kepada
komponen elektronik yang mrmproses (baca dan tulis) data, melekat pada cakera yang
berputar dan melakukan aktiviti penulisan dan pembacaan data.

Secara umum, proses pengolahan data HDD dilakukan atau berlaku kerana sinergi antara
 aktiviti mekanikal dan elektrik. SSD dalam memproses data, menulis dan membaca data
tidak disokong oleh proses mekanik, dalam SSD tidak ada komponen mekanikal seperti
motor dan lengan serta cakera yang berputar.

Pada SSD hanya terdapat komponen elektronik seperti Intergrated Circuit atau IC,
micro cip dan komponen elektronik penyokong lain seperti kapasitor. Semua proses 
pembacaan dan penulisan data dilakukan secara elektrik sama seperti proses yang 
berlaku pada Flashdisk dan memori RAM.

Kelajuan Baca dan Tulis Data

Pada bahagian inilah SSD menunjukan perbezaan yang sangat ketara. Kelajuan baca tulis
SSD bahkan 8 kali lebih cepat berbanding dengan HDD. PC yang dipasang SSD boleh proses
booting dalam hitungan detik, pastinya tidak melebihi 1 minit. Sedangkan waktu yang
diperlukan HDD lebih lama bergantung kepada tujuan, dan yang pasti tidak lebih cepat
bila dibandingkan dengan SSD.

Salah satu faktor penyebabnya adalah SSD tidak menggunakan cakera berputar atau faktor
mekanikal sangat menyekat kemampuan elektronik dari HDD.

Kesan yang timbul

HDD menerapkan unsur mekanikal, sehingga menghasilkan kesan sampingan yang buruk
antara lain:

a. Panas yang berlebihan
b. Penggunaan kuasa elektrik yang tinggi
c. Pusingan motor dan piringan menimbulkan suara noise yang tinggi

Pada SSD, kerana tidak mempunyai unsur mekanikal maka kesannya adalah:

a. Panas atau suhu SSD tidak setinggi HDD.
b. Penggunaan kuasa elektrik sangat kecil, SDD cukup memerlukan daya kurang dari 1 watt
     sedangkan HDD memerlukan kuasa yang mencapai lebih dari 10 watt
c. Tidak ada putaran motor dan piringan membuat SDD sama sekali tidak bising.

Fragmentasi

Kerana bentuknya yang berpilin, HDD sangat baik untuk menyimpan fail-fail yang bersaiz
besar yang terletak pada blok yang berdekatan. Dan apabila kapasiti HDD mula penuh,
fail-fail yang sudah tersimpan berselerak, inilah yang dikenali sebagai fragmentasi.

Kesan dari fragmentasi ialah turunnya prestasi dari HDD itu sendiri. Dalam keadaan ini,
untuk memulihkan prestasi dari HDD, biasanya kita melakukan defrag untuk
memulihkannya.Sedangkan pada SSD kita tidak perlu pening memikirkan persoalan 
tentang fragmentasi kerana data disimpan pada cip flash.

Harga

SSD dijual dengan harga yang sangat mahal per GB-nya. Mahalnya harga SSD boleh
mencapai 9 kali ganda bila dibandingkan dengan HDD.



SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi




                              

Comments

Popular posts from this blog

REPAIR LAPTOP | OKCS BANGI

KENAPA MACBOOK PRO CEPAT PANAS?