Solved masalah laptop hp pavilion 14 slow dan hang | kedai repair laptop

Image
Solved masalah laptop hp pavilion 14 slow dan hang | kedai repair laptop
Hari ini admin ingin berkongi sikit masalah laptop hp pavilion 14slow dan hangteruk. Banyak pengunalaptop hp pavilion 14mengadu dan juga mengkritik kenapa laptop hp pavilion 14 ini menjadi slow dan selalu hang.
Puas mencari kedai repair laptop sekitar bangi ini, susah betul nak cari sampai kena google akhirnya jumpa satu nama kedai computer iaitu ok computer solution bangi.
Owner laptop hp pavilion 14 ini mengadu kepada kami laptop hp pavilion 14 beliau kerap hang dan application freeze( maksudnya semua benda tak begerak, kena force shutdown laptop)(tekan button on lama-lama)

Owner laptop hp pavilion 14 ini memberitahu kami sebelom ini laptop hp paviliom 14 beliau 2gb ram dan beliau tukar 2gb jadi 4gb ram, beliau memberitahu laptop dia laju sekejap tak sampai sebulan jadi balik masalah laptop  slow dan hang ini, owner memberitahu dia sangat-sangat STRESS dah la kerja banyak tidak siap, serta masa tengah nak present…

Bilakah Waktu Terbaik Format Laptop?

Bilakah Waktu Terbaik Format Laptop?

Apakah itu format?

Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut bilakah waktu yang sesuai untuk anda format laptop, kami akan bagi tahu serba sedikit apakah yang dimaksudkan / difahami umum pasal 'format komputer / laptop' ni..




Menformat komputer adalah suatu proses yang akan membuang / menghapuskan data dan mengimbas sektor yang rosak di dalam hard disk. Ia juga tidak akan memasukkan data ke dalam sektor yang rosak apabila sistem operasi baru dipasang.


Waktu terbaik format laptop

Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba pelbagai cara untuk menjalankan semula sistem komputer tetapi ia masih bermasalah. Secara umumnya, melainkan kita mempunyai pengetahuan dalam pemulihan sesuatu masalah, ia masih sukar untuk dipulihkan. Apabila ini berlaku, memformat komputer merupakan cara yang boleh membantu.

Berikut adalah waktu terbaik untuk anda format laptop :

1) Semasa laptop diserang virus



Kadang-kadang secara sedar atau tidak, memang anda dah padam virus yang menyerang laptop (menggunakan anti -virus), akan tetapi bekas-bekas jangkitan virus tersebut boleh menyebabkan laptop anda jadi lambat dan slow.

2) Data susah nak dihapuskan

Perasan atau tidak, ramai pengguna tidak menyedari bahawa laptop mereka dipenuhi dengan data yang tidak diperlukan (seperti perisian / software, biasanya ini akan terjadi bila anda tengah nak install software yang di 'download' terus dari internet. Pastikan anda 'unclick' pada tawaran untuk install software yang lain / tidak diperlukan). Inilah antara punca laptop anda jadi 'hang'. Dan yang paling parahnya, data-data yang tidak diperlukan tadi amat sukar untuk dihapuskan.

3) Nak upgrade sistem operasi sedia ada



Sebagai contoh, laptop anda menggunakan sistem operasi Windows XP, namun dengan perkembangan teknologi,  Microsoft Corporation kini banyak menghasilkan sistem operasi yang terkini seperti Windows Vista, 7 dan 8. Sudah semestinya anda nak upgrade kepada sistem operasi yang lebih terkini. Hal ini memerlukan untuk anda format laptop. Tapi pastikan laptop anda memenuhi spesifikasi sistem operasi yang baru bagi mengelakkan sebarang masalah selepas anda menformat.

Comments

Popular posts from this blog

Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OK Computer Solution Bangi

KEDAI KOMPUTER BANDAR BARU BANGI-KAJANG-PUTRAJAYA

2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh