Masalah laptop off sendiri / auto shutdown

Image
Masalah laptop off sendiri / auto shutdown Artikel kali ini kita nk shere serba sedikit masalah laptop off sendiri / auto shutdown, sebenarnya banyak punca laptop off sendiri / auto shutodwn. semasa tengah guna laptop. buat kerja / assignment ataupun tengah guna zoom kelas online. Tiba tiba laptop off sendiri / auto shutdown. Masa ni pulak la nak laptop off sendiri / auto shutdown, takde ribut takda petir, tiba-tiba jadi laptop jadi macam ini. Jadi apa punca-puncanya laptop off sendiri / auto shutdown ? Masalah Battery, ya betul battery dah rosak walaupun battery stil ada  dalam 50%, try tukar dangan battery baru, kalau battery baru ok maksudnya battery laptop korang dah rosak. solution tukar battery baru. Ok tu untuk masalah battery , masalah lain, kadang-kadang sebab windows yang menyebabkan laptop off sendiri / auto shutodwn. windows dah problem ataupun kena virus boleh jadi. Selain itu, punca lain laptop off sendiri / auto shutdown, laptop dah lama tidak diservis . Ya lama tida

Tips Jaga Skrin | OKCS BANGI



Tips Jaga Skrin

10 tips TERBAIK untuk memanjangkan jangka hayat skrin laptop anda!





1. Selalulah cuci skrin anda untuk mengelakkan ia dimasuki habuk yang nampak kecil tetapi sebenarnya 

  sangatlah tidak baik untuk skrin anda.

2. Jangan sesekali mencuci skrin anda dengan kain yang kering. Ini disebabkan kotoran-kotoran yang 

melekat pada skrin tidak akan diserap oleh kain tersebut malah akan mencalarkan skrin anda.

3. Jangan letak objek yang berat menimpa laptop anda ketika laptop tidak digunakan.



4. Gunakan screen saver atau lebih baik setting pada "Power Management" dan setkan masa ‘Turn off 

the display in _ minutes. Lebih singkat masa lebih baik. Ini untuk tidak mensia-siakan lifespan @ jangka 
hayat skrin yang kebiasaannya dalam 3000 – 4000 jam (skrin ORIGINAL sahaja, skrin yang bukan original 
lifespan lebih sedikit).

5. Jangan letakkan jari anda di paparan skrin kerana ada kebarangkalian anda akan menyebabkan terjadinya 

‘dead pixel’ iaitu pixel yang tidak menyala oleh kerana tekanan yang mungkin lebih diberikan oleh jari anda
 terhadap skrin tersebut.

6. Gunakan kain yang 100% cotton untuk tujuan pembersihan kerana ia adalah lembut dan bersifat menyerap 

seperti baju2 lama dan stokin. Elakkan dari mengguna kain yang fabriknya bercampur dengan polyster kerana 
ia mengandungi filamen yang akan mencalarkan skrin anda.






7. Cara yang tepat untuk membersihkan skrin laptop adalah dengan menggunakan alat khas untuk 
mencuci skrin laptop. Pastikan set yang anda beli itu dilengkapi dengan kain anti-statik iaitu kain yang 
akan dapat ketika membeli spek mata kerana itu adalah alat terbaik dan paling efisien untuk mencuci skrin 
laptop anda.

8. Semasa menjalankan proses pembersihan, INGAT! jangan spray terus kepada skrin laptop anda tetapi 

pada kain tersebut dan JANGAN! lakukan proses pembersihan dalam keadaan laptop ON.

9. Pastikan skrin anda berada dalam keadaan kering sebelum anda menutup ‘lid’ laptop anda.

10. Pastikan diantara skrin dan laptop anda atau diatas keyboard anda tiada objek tidak kira kecil atau 

besar kerana banyak kes seperti terlupa alihkan pendrive lalu mencederakan skrin anda. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan lagi tips berkaitan penjagaan skrin laptop anda pada link di bawah :

Video kami tukar skrin laptop

Video penjagaan skrin laptop

Berhati-hati apabila beli / tukar LED / LCD laptop anda



Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, 
e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali
 kepada anda.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh

KEDAI KOMPUTER BANDAR BARU BANGI-KAJANG-PUTRAJAYA

Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OK Computer Solution Bangi