Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OK Computer Solution Bangi

Image
Repair Laptop Bangi Dan Kajang | OKCS Bangi

- Orang kata nak cari kedai repair laptop bangi dan kajang ni susah gila. Puas google tapi tak jumpa, ha berita baik pada warga bangi dan kajang, Ok Computer solution bangi repair laptop di sini. Kami dah lama beroperasi sebenarnya tapi malangnya google map tidak di claim, malangnya google map kami telah suspended. Jadi kena buat baru la nampaknya.

- Jadi kepada warga bangi dan kajang kami repair laptop. Kami repair laptop dari brand A-T adalah brand Acer sehingga Toshiba (maksudnya acer asus lenovo samsung msi alienware dell toshiba)

- Jadi kami repair laptop kerosakkan apa?

Kami repair laptopkerosakkan motherboard (contohnya laptop tidak boleh on akibat disambar petir yang menyebabkan chipset dekat motherboard terbakar, kami boleh tukar chipset yang terbakar itu dengan yang baru) contoh macam dibawah Kami repair laptopkerosakkan screen, ( contah screen laptop pecah, kami boleh tukar screen yang baru ) contoh macam dibawah


Selain itu kami repai…

IPHONE ORIGINAL VS REFURBISHED | OKCS BANGI

IPHONE ORIGINAL VS REFURBISHED

Image result for iphone refurbished or new
(sumber : google)

Hi! Ni sis nak share la sikit kan. Zaman la ni ramai bebenor yang dok nak pakai iphone kan?
Tapi ramai yang tak beli Iphone Original malah beli yang Refurbished.
Refurbished itu macam mana pula ye? Apa kebende lak tu?
Ha tu yang sis nak share dengan uolls ni.
Refurbished dan Original tiada beza luaran.
Ada orang anggap refurbished ni barang tiruan. Sebenarnya tidak.
Refurbished ni masih lagi barang ori,
 cuma beberapa bahagian dalaman dah dibaiki kepada barang yg elok.



Ada dua jenis REFURBISHED : Official dan tak official.
Paling banyak dijual sekarang ni ialah refurbished tak official.

Kalau nampak iPhone 5 atau 5S yang dijual kat Insta murah-murah, dan dilabel
 sebagai
"set baru", 99% kemungkinan itu refurbished tak official.


Korang kena tahu, Apple dah stop production iPhone 5 dan 5S sejak
 setahun setengah yang lalu,
 tak mungkin masih berlambak 'stok baru' dijual.

Refurbished Tak Official ni konsep dia macam ni :

Motherboard Apple yang ori, dimasukkan dalam sparepart iPhone yang
 BUKAN dpd Apple (Tak ori),
 di-packaged balik, dan dijual dgn harga murah.




Ada jugak Refurbished Official.
Refurbished Official ni konsep dia sama je,
 cuma sparepart yang diganti adalah sparepart ori daripada Apple.

Biasanya Official Refurbished ni akan ditulis terang-terang
 kat kotak atau website dgn ayat APPLE CERTIFIED PRE-OWNED.

Official Refurbished dijual balik dgn harga yang agak murah,
 tapi sangat jarang dijual di Malaysia,
 kecuali pada waktu-waktu tertentu.


Risiko refurbished tak official :

Memang geram tengok kat Insta ada orang jual iPhone set baru
 dgn harga murah tak masuk akal, 
tapi kita kena tahu apa risiko dia.

Disebabkan set iPhone refurbished ni dah diganti dgn sparepart third-party 
(Bukan daripada Apple), 
of course la kualitinya tak sebaik set original yang betul-betul ori.

Antara masalah yg boleh berlaku pada
 set refurbished ialah skrin yang lebih mudah retak/pecah,
 butang yang cepat rosak
, masalah bateri kembung atau bateri cepat mati.

Bukan nak kata kalau beli refurbished akan terus rosak,
 tapi kemungkinan untuk ada kerosakan lebih tinggi berbanding set original.





Masalah terbesar : Set refurbished tak official biasanya
 tak di-cover dalam official warranty.

Benda ni senang nak faham. Semua jenis barang Apple yang
 dibukak body atau dibaiki selain daripada Apple Service Center, 
maka akan ditamatkan warranty serta-merta.

Rugilah, baru beli set baru dah tak dilindungi oleh warranty.



Sekian sahaja ye sis share-share dengan uolls pasal ORI VS REFURBISHED. 
Jangan segan segan ye share artikel ni. Kita berkongsi dengan yang lelain jugak.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS CALL/WASAP
KAMI 013-2986104 (Faiz)

-FB-ok computer solution bangi
-IG-ok computer solution bangi
-WAZE-ok computer solution bangi
-GOOGLE MAP-ok computer solution bangi




                              

Comments

Popular posts from this blog

REPAIR LAPTOP | OKCS BANGI

KENAPA MACBOOK PRO CEPAT PANAS?